Sukan

Manchester City Kenduri Gol

Mari kita lihat perkara-perkara menarik yang terjadi di Liga Perdana Inggeris yang berlansung pada hujung minggu yang lalu.

 

De Bruyne pemain terbaik liga

https://i0.wp.com/d13csqd2kn0ewr.cloudfront.net/uploads/image/file/265401/cropped_2017-10-14T152003Z_54923906_RC1D00BFC410_RTRMADP_3_SOCCER-ENGLAND-MCI-STK.jpg?resize=708%2C535&ssl=1 

Daripada 10 pemain yang diturunkan pada perlawanan menentang Stoke City Sabtu lalu, lapan daripada mereka mencatatkan gol atau satu assist. John Stones adalah satu-satunya pemain, selain penjaga gol Ederson Moraes, yang tidak mencipta peluang. Sedangkan Bernardo Silva yang diturunkan selaku pemain simpanan, dapat menjaringkan gol terakhir ketika kemenangan 7-2 City itu.

Walau bagaimanapun, satu pemain yang lebih menonjol daripada pemain lain: Kevin De Bruyne.

Beliau bukan sahaja bermain jauh di dalam kawasan lawan,beliau juga mengetuai serangan skuad Pep Guardiola itu. Tidak hanya bermain pada satu posisi sahaja, De Bruyne gigih menerjah masuk dan mengasak barisan pertahanan lawan. Hanya mengambil masa setahun, Guadiola nampaknya telah berjaya menggilap pemain dari Belgium itu menjadi pemain tengah yang sempurna: pakar taktikal, kuat serta berupaya membuat pelbagai jenis hantaran.

Assist keduanya menentang Stoke adalah yang paling menakjubkan. Beliau berjaya mengawal bola longgar daripada Gabriel Jesus, dan kemudian membuat hantaran tepat melepasi empat pemain Stoke kepada Leroy Sane

 

Peluang Koeman semakin tertutup

https://i1.wp.com/d13csqd2kn0ewr.cloudfront.net/uploads/image/file/265586/cropped_2017-10-15T141504Z_1441873970_RC1A8A2D4380_RTRMADP_3_SOCCER-ENGLAND-BRH-EVE.jpg?resize=708%2C571&ssl=1

Gol penyamaan Wayne Rooney di minit-minit akhir tidak menafikan bahawa Everton semakin merudum di bawah kendalian Ronald Koeman. The Toffees sekali lagi dilihat tidak bersemangat ketika bermain menentang Brighton & Hove Albion, yang berakhir dengan keputusan seri 1-1, dan ianye lebih daripada “tidak bernasib baik” seperti yang didakwa Koeman selepas perlawanan itu.

Selepas membelanjakan lebih daripada £100 juta untuk pemain baru, pengurus dari Belanda itu masih buntu mengenai apakah barisan terbaiknya. Koeman berterusan meletakan Rooney di posisi yang berlainan sedangkan dia tidak sepatutnya bermain langsung – lebih-lebih lagi dengan skuad yang tidak boleh bergerak laju itu.

Statistik yang ditunjukkan tidak bagus. Everton kini di tempat ke-16, hanya mencatatkan dua kemenangan daripada lapan perlawanan dengan perbezaan gol -8.

Taktik hambar Koeman harus dipersoalkan. Mengapa Nikola Vlasic – pemain yang boleh menjaringkan gol, dipaksa bermain di bawah? Mengapa meletakan dua defensive midfielder menentang skuad Brighton yang sedang bergelut untuk menjaringkan gol? Dan bagaimana Rooney dan Gylfi Sigurdsson boleh bermain bersama sedangkan mereka bermain di posisi yang sama di atas padang?

Tidak memeranjatkan, Koeman kini dilihat menjadi pengurus Liga Perdana yang seterusnya yang akan dipecat. Joe Anderson, datuk bandar Liverpool juga turut melemparkan kritikannya:

Perlawanan yang sukar menentang Lyon dan Arsenal menanti mereka minggu hadapan, dan Koeman semakin kesuntukan masa untuk membawa kemenangan ke pihaknya.

 

Watford semakin stabil

https://i1.wp.com/d13csqd2kn0ewr.cloudfront.net/uploads/image/file/265459/cropped_2017-10-14T184026Z_421728406_RC162EFA62E0_RTRMADP_3_SOCCER-ENGLAND-WAT-ARS.jpg?resize=708%2C590&ssl=1

Tidak ada apa yang baru mengenai Arsenal. Skuad Arsene Wenger itu pasti akan dihentam sekali lagi di media selepas gagal mencapai kemenangan menentang Watford walapun mendapat gol pendahuluan. Di masa kecederaan, gerak-geri Granit Xhaka dilihat sangat goyah, dan memberikan Tom Cleverley ruang untuk merembat masuk gol kemenangan.

Macam pernah tengok situasi seperti ini dahulu.

Pujian harus diberi kepada pengurus Marco Silva. Abdoulaye Doucoure dengan lapan perlawanan pada musim ini, telah pun bermain separuh daripada masa yang diberikan kepadanya musim lepas di bawah Walter Mazzarri, gagah mengawal bahagian tengah padang bersama Cleverley. Richarlison adalah pembelian yang mengejutkan semua pihak – mendapatkan bakat yang tersorok di alaf baru, dengan sorotan di Youtube dan hype di Twitter yang dibesar-besarkan. Dan gandingan barisan serangan Andre Gray dan Troy Deeney memberikan pelbagai peluang kepada Watford.

Kemenangan ke atas Arsenal ini bermakna Watford melonjak ke tangga keempat. Jika pemilik kelab, Pozzo inginkan kestabilan di dalam kelabnya di Hertfordshire itu, inilah masanya. Silva adalah pakar taktik yang sangat berbakat, dan patut dipegang selama yang boleh.

 

Di tempat-tempat lain

https://i2.wp.com/d13csqd2kn0ewr.cloudfront.net/uploads/image/file/265458/cropped_2017-10-14T115447Z_1215574000_RC1630C92160_RTRMADP_3_SOCCER-ENGLAND-LIV-MUN.jpg?resize=708%2C517&ssl=1

El Clasico versi Liga Perdana Inggeris tidak memberansangkan. Liverpool tidak menggunakan peluang yang terhidang dengan sepenuhnya, dan Manchester United dilihat tidak berminat untuk mendapatkan tiga mata. Ia serupa seperti perlawan pada tahun lepas di Anfield, cuma kali ini United tidak bertahan dengan bersungguh-sungguh langsung. Jika pasukan tuan rumah iu lebih garang, mereka mampu untuk menang denga beberapa biji gol.

Crystal Palace menamatkan badi mereka. Tidak berpuas hati setelah tidak menjaringkan sebarang gol selama 731 minit, skuad Roy Hodgson memalukan Chelsea. Ia bukanlah satu kebetulan Palace mendapat rentak  selepas Wilfried Zaha kembali dari kecederaan. Kebolehan membawa bola oleh pemain berusia 24 tahun itu memberi tekanan kepada The Blues

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker