Bisnes & Ekonomi

Tony Lim: Pakar Kereta Bertukar Pemilik Kedai Makan

Tony Lim pertama kali memikirkan tentang memiliki restorannya sendiri lewat tahun 2013. Empat tahun selepas itu, bukan sahaja dia menguruskan cawangan restorannya sendiri, malah beliau juga mencipta jenama makanan dan minuman di bawah syarikatnya Utara 5 Food and Beverage Sdn Bhd (U5FB).

Lim berasa ada jenama beliau boleh mengisi jurang yang sedia ada

“Kami cuba mencipta jenama baru berdasarkan apa yang diperlukan pasaran atau apa yang kami fikir tiada di dalam pasaran,” kata Lim.

Individu berusia 38 tahun kini mempunyai jenama Boat Noodle dan Chill Chill di dalam genggamannya, baru-baru ini beliau telah memulakan dua lagi – MKN dan C & C.

Setelah jenama itu dikenali ramai, Lim juga sedang meneroka kemungkinan untuk menjual lesen jenamanya pada tahun depan.

Namun begitu,  rancangan awal Lim tidak melibatkan F&B (Food and Beverage, makanan dan minuman). Malah, graduan kejuruteraan  ini menubuhkan bengkel kereta sendiri selepas menamatkan pengajiannya.

Latar belakang Lim-seorang jurutera ke pemilik kedai makan

Ibu bapanya, yang mempunyai syarikat trak, menyokong ideanya serta membekalkan Lim dengan modal untuk bengkelnya. Tetapi dengan syarat : jika ia tidak menguntungkan selepas dua tahun, Lim akan pulang ke kampung halamannya di Kedah dan menguruskan perniagaan keluarga.

Dua tahun berlalu dengan sangat cepat

“Pastinya kami telah kehilangan wang . Saya membelanjakan terlalu banyak wang. Saya lebih seperti seorang jurutera daripada seorang ahli perniagaan serta tidak menguruskan aliran tunai dengan baik, “kata Lim. Beliau cuba meminjam lebih banyak wang daripada ibu bapanya supaya bengkelnya terus hidup, namun tidak berjaya.

Janji perlu ditepati.

Tony Lim

Jadi  Lim menjual perniagaannya ini dengan harga kira-kira RM80,000 kemudian pulang ke rumah untuk menyertai syarikat trak kedua ibubapanya, yang menjalankan perkhidmatan trak dari Singapura ke Thailand, pada tahun 2005. Beliau telah mengembangkan perniagaan ini dan menubuhkan pejabat di Kuala Lumpur, Bangkok, Kemboja dan Jakarta .

Pada tahun 2012, adik bongsunya telah menamatkan pengajian di Australia dan ingin memulakan perniagaan F&B. Oleh itu, beliau membantu adiknya membina sebuah syarikat di Kemboja, yang kini menjadi induk franchise Chatime di sana.

Penglibatan awalnya dalam syarikat itu selama beberapa bulan banyak mendidiknya tentang penubuhan operasi F&B.  “Kemudian saya sedar saya juga boleh melibatkan diri di dalam F & B,” katanya.

Oleh itu, usahawan ini mula mencari idea yang sesuai. “Isteri saya mahu membuka restoran bertema Thai dengan menu makanan Thai yang lengkap. Namun ia mungkin sukar untuk dicapai, “katanya.

Penglibatan awal Lim dalam perniagaan F&B

Dia menginginkan  sebuah operasi yang semudah mungkin tanpa perlu terlalu bergantung pada seorang tukang masak.

Dia memilih boat noodles dan beberapa makanan jalanan Thailand yang lain. Lim membeli resipi dari pemilik gerai di Thailand untuk harga kira-kira RM5,000 hingga RM8,000 setiap gerai dan menemui cara memasak yang lebih mudah yang sesuai dilakukan di Malaysia.

Dengan bajet sebanyak RM160,000, U5FB melancarkan restoran Noodle Boat pertama di Empire Damansara pada tahun 2014.

Pada awal perniagaan, Lim melaksanakan tugas tambahan untuk membantu menjalankan perniagaan. Pada waktu pagi, dia akan menyelesaikan tugas-tugas pentadbiran sebelum menuju ke kedai pada waktu petang sebagai sebahagian daripada pekerja di sana.

“Perkara pertama yang perlu dilakukan apabila anda membuka kedai F & B adalah untuk meyakinkan orang ramai untuk menerima perkara baru. Sudah tentu anda sendiri kena yakin dengan apa anda tawarkan itu adalah bagus. Perkara paling sukar adalah untuk mendapatkan pelanggan buat pertama kali. Kemudian, anda perlu memikirkan bagaimana membuat pelanggan datang kembali, ” kongsi Lim.

Laman sosial media banyak membantu perniagaan

Lim bertuah kerana Boat Noodle dibuka ketika zaman “perkongsian”

Mi di restoran itu dihidangkan  di dalam sajian-sajian kecil dan kebolehan mengira jumlah mangkuk kosong yang boleh disusun secara bertingkat merupakan suatu perkara baru untuk pelanggan. Restoran itu menikmati banyak pendedahan kerana pelanggan seronok berkongsi tentang lawatan mereka ke Boat Noodle di dalam media sosial.

Ini membantu Boat Noodle untuk berkembang dengan cepat. Syarikat itu mempunyai sembilan cawangan dalam masa setahun.

Membina dua jenama baru dari jenama sedia ada- Chill Chill dan C&C

Tidak lama kemudian, Lim menambah teh dan kopi susu Thailand ke dalam menunya.

Dia kemudian mula menyedari bahawa sesetengah pelanggan akan pergi ke restorannya hanya untuk membeli teh susu mereka.

Ini memberi peluang kepada syarikat itu meletakkan teh susu itu di bawah jenama Chill Chill. Ia bermula sebagai gerai di Tesco Mutiara Damansara, Petaling Jaya, dua tahun yang lalu dan telah berkembang sehingga 17 kiosk setakat ini.

Lim kemudian mengambil kesempatan lain untuk memulakan kiosk biskut dan kopi di bawah jenama C & C. Ia membolehkan pelanggan mengisi sebuah beg dengan biskut pada harga yang tetap. Beliau juga ingin melancarkan jenama F & B yang lain pada bulan November.

Walaupun kelihatan seperti U5FB  menikmati pertumbuhan pesat, membina jenama anda sendiri dari awal tidaklah mudah.

“Tiada orang untuk membimbing anda. Ketika di kedai pertama, kami tidak mempunyai saluran longkang  betul untuk dapur jadi ia sukar dibersihkan. Dan kami tidak pernah berfikir tentang perkara-perkara seperti tanda dagangan dan perkara seperti itu selepas lebih lama. Mudah untuk kami memulakan sesuatu namun banyak perkara tidak dilakukan dengan betul, “katanya.

Tidak mengambil jalan mudah

Namun begitu Lim  tetap dengan keputusannya untuk tidak membina perniagaan F&Bnya menggunakan francais sedia ada walaupun beliau mengaku itu adalah lebih mudah.

“Anda tidak perlu banyak berfikir tentang persediaan. Semuanya telah dibuat untuk anda. Anda hanya perlu mengikut manual.   Namun begitu  pada masa yang sama, anda tidak boleh melakukan banyak perkara. Nilai jenama yang anda bina itu bukan milik anda. Anda boleh menjalankan perniagaan tetapi jenama itu milik orang lain.

Apabila ia jenama anda sendiri, anda mempunyai fleksibiliti untuk berbuat apa-apa sahaja. Jadi bagi kami, kami mula dengan mudah, seperti sekeping kertas kosong. Selepas itu kami membuat kesilapan di sepanjang pengembaraan ini. “katanya.

Walaubagaimanapun, ia berbaloi. Lim berazam untuk menamatkan tahun ini dengan 45 buah gerai mi, 25 kiosk Chill Chill dan lima kedai C & C.

Syarikat besar menyedari pertumbuhan U5FB

Tahun lepas, pengendali rangkaian restoran udon Jepun Toridoll Holdings membeli 40% saham dalam U5FB untuk kira-kira 800 juta yen (RM30 juta). Satu laporan menyatakan bahawa syarikat Jepun berhasrat untuk secara beransur-ansur meningkatkan kepentingannya kepada 60% pada tahun 2019.

Menurut Lim, U5FB merancang akan menerima sebanyak  kira-kira RM76 juta hasil jualan pada tahun ini.

Kemasukan pemegang saham baru ini juga membolehkan syarikat itu menerokai sumber dana dan rangkaian baru untuk mengembangkan jenamanya ke luar negara.

Kini, U5FB mempunyai kira-kira 660 orang pekerja dan Lim berharap mereka akan dapat berkongsi pertumbuhan syarikat itu

Syarikat itu telah memperluaskan perniagaan Boat Noodlenya ke Brunei dan Jakarta dan akan membuka cawangan  baru di Myanmar dan Singapura dalam tempoh enam bulan yang  akan datang.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker