Hiburan

Tonton Wayang di GSC Dan Menangi Nissan X-Trail

Bermula sekarang hingga 31 Disember ini, Golden Screen Cinemas (GSC) memberi peluang kepada para ahlinya untuk memenangi sebuah kereta baru dan hadiah hebat lain.

Peluang ini adalah bersempena sambutan berterusan ulang tahun #GSC30 yang berlangsung selama setahun untuk memperingati ulang tahunnya yang ke-30 di Malaysia. Dalam fasa akhir sambutan ini, ahli GSC yang menonton filem di pawagamnya berpeluang untuk memenangi kereta jenis Nissan X-Trail yang baru dan hadiah menarik lain berjumlah sehingga RM350,000.

Orang ramai boleh menyertai pertandingan Ticket To Drive, hanya dengan membeli tiket wayang melalui laman web GSC, aplikasi mudah alih, atau kaunter tiket.

Ahli GSC hanya perlu log masuk untuk membeli tiket dalam talian dan mereka secara automatik menjadi peserta. Manakala pelanggan yang membeli tiket dari kaunter dan e-kiosk, perlu mendaftar sebagai ahli GSC dan mengemukakan maklumat tiket mereka melalui portal khas di ticket2drive.gsc.com .my untuk penyertaan sekaligus melayakkan diri.

Ketua pegawai eksekutif GSC, Koh Mei Lee menyatakan sebagai rangkaian utama pawagam Malaysia, Golden Screen Cinemas tetap komited untuk memberikan keseronokan filem secara keseluruhan kepada para pelanggan.

“Ini bermakna kita bukan sahaja memastikan bahawa mereka menerima kandungan hiburan berkualiti tinggi, tetapi juga memberi nilai yang tinggi dan melibatkan mereka dengan pelbagai promosi dan acara.”

“Ticket To Drive adalah salah satu cara kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang terus menyokong kami dengan memberi peluang kepada mereka untuk menerima kereta baharu, supaya mereka mempunyai sesuatu untuk diingati apabila mereka memilih untuk alami keajaiban filem di GSC.”

Memetik laporan Star2, peraduan ini terbuka kepada ahli GSC yang berumur 18 tahun ke atas dan tinggal di Malaysia sahaja.

Untuk mendaftar sebagai ahli, lawati laman web GSC atau muat turun aplikasi mudah alih GSC. Ahli GSC dapat menikmati pelbagai faedah lain termasuk baucar filem ulang tahun percuma dan diskaun promosi makanan dan minuman.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web GSC www.gsc.com.my atau laman Facebook GSC www.facebook.com/GSCinemas.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker