FesyenGaya Hidup

Coach Kini Dikenali Sebagai Tapestry

Coach, syarikat barangan kulit terkemuka Amerika telah bergabung dengan jenama kasut Stuart Weitzman dan jenama beg tangan Kate Spade. Lantas, Coach Inc. mengumumkan penjenamaan semula syarikatnya dikenali sebagai Tapestry yang akan menjadi syarikat induk untuk ketiga-tiga jenama itu.

Pencarian nama yang dijalankan oleh Agensi Carbone Smolan, mengambil masa dua hingga tiga bulan. Ribuan nama telah disempitkan untuk pemilihan dan senarai terakhir diuji untuk pematuhan undang-undang dan persatuan kebudayaan di pasaran utama jenama.

Syarikat itu akhirnya memilih Tapestry kerana ia mudah difahami dan tidak berbunyi terlalu korporat, terutamanya jika dibandingkan dengan LVMH, Kering dan jenama lain dalam pasaran fesyen premium global.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Victor Luis, Tapestry juga menonjolkan nilai kebudayaan dan politik yang penting.

“Tapestry adalah metafora yang indah untuk apa yang kami percaya. Ia adalah gambaran setiap individu yang bekerjasama untuk menghasilkan produk dengan keunikan dalam perbezaan bangsa, jantina, orientasi seksual atau sistem kepercayaan.”

Idea inklusif ini juga sesuai dengan cita-cita global syarikat. Tapestry kini terdiri daripada jenama yang berpangkalan di Amerika Syarikat tetapi akan melakukan pengambilalihan di Eropah dan Asia.

“Tapestry adalah rumah yang tidak terhad kepada mana-mana kategori atau geografi,” kata Luis kepada FastCompany.

Penjenamaan semula ini mempunyai banyak kaitan dengan hasrat Coach untuk memudahkan jenama bagi pengguna dalam usaha untuk lebih berhubung dengan mereka. Menggunakan satu jenama untuk ketiga-tiga syarikat juga memastikan setiap jenama dapat mengekalkan identiti yang berasingan.

Tapestry yang menggambarkan ciri kesenian dan kerja keras mengatasi tuduhan sesetengah pihak yang mengatakannya kedengaran kuno. Terdapat reaksi negatif dalam kalangan pengguna media sosial namun hal ini hanya berpunca dari salah faham mengenai penukaran nama jenama Coach.

Nama Coach masih digunakan dan TAPESTRY adalah jenama baru yang menggabungkan ketiga-tiga jenama di bawah penyeliaan syarikat. Nama baru akan berkuat kuasa pada akhir bulan Oktober ini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker