Isu SemasaTempatan

Warga Emas Lumpuh Diselamatkan Selepas Dikunci Di Dalam Rumah Selama 2 Hari

Seorang warga emas, yang lumpuh separuh badan, diselamatkan oleh anggota polis setelah ditinggalkan sendirian oleh anak-anaknya di rumahnya di Taman Inderapura pada 2 Oktober lalu, lapor New Straits Times.

Warga emas lumpuh akibat angin ahmar dikurung anak-anak

Polis terpaksa memecahkan kunci pada gril pintu hadapan rumah tersebut pada pukul 2 petang esoknya untuk menyelamatkan individu berusia 80 tahun itu yang baru-baru ini telah mengalami angin ahmar. Hal ini seterusnya menyebabkan badannya lumpuh.

Lelaki  warga emas itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan diliputi najis.

Polis telah dimaklumkan mengenai kes itu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Teruntum Sim Chong Siang. Lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan.

Jiran lelaki itu, Sheikh Mohd Mazlan Sheikh Ramli, 52, berkata lelaki itu ditinggalkan oleh dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Beliau mengatakan bahawa lelaki itu sebelum ini dirawat di wad di HTAA selepas mengalami angin ahmar yang menyebabkan separuh badannya lumpuh. Dia dibenarkan keluar daripada wad pada hari Isnin (2 Oktober).

“Bagaimanapun, ketika dibawa pulang sejurus dibenarkan keluar dari hospital, anak-anaknya mengunci dia di dalam rumah,” kata Mazlan.

Jiran-jiran perihatin memberi bantuan

Sejak hari itu, mangsa berada di belakang pintu gril yang terkunci dalam keadaan telanjang dan memanggil orang yang lalu-lalang berhampiran rumah.

Jiran-jiran memberikannya makanan dan minuman. Bagaimanapun saya risau jika berlaku hal-hal kecemasan seperti kebakaran (bagaimana dia akan dibawa keluar dari rumah).

“Ada juga jiran-jiran yang datang untuk membantu membersihkan najis dari tubuhnya dan membersihkannya  semburan air menggunakan hos getah dari luar rumah,” katanya.

“Saya tidak tahu apa masalah yang dihadapi keluarga ini, tetapi saya  berharap anak-anaknya akan menghubungi saya dengan segera untuk membincangkan isu bapa mereka,” katanya.

Sementara itu, Sim berkata pihak berkuasa mencari anak-anak lelaki itu untuk menghubungi mereka untuk tindakan seterusnya.

Sementara itu, ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah, Penolong Pesuruhjaya Abdul Aziz Salleh mengesahkan laporan polis tersebut.

Aziz berkata setelah menerima laporan, pihak polis segera  ke rumah itu untuk menyelamatkan lelaki warga emas itu.

“Kami akan mengesan dan menghubungi anak-anaknya atau ahli keluarga lain untuk siasatan lanjut,” kata beliau.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker