Bisnes & Ekonomi

Wanita Malaysia Penyumbang Kemakmuran Ekonomi

Statistik menunjukkan 54% wanita Malaysia memiliki pekerjaan yang bermaksud isteri, teman wanita, kakak atau anak perempuan anda membuat wang sendiri.

Menurut data yang dikeluarkan oleh UOB Malaysia, semakin ramai wanita menggunakan kad kredit mereka untuk membayar keperluan asas seperti insurans, barangan runcit dan utiliti serta barangan yang memenuhi gaya hidup mereka.

Malah, perbelanjaan kad kredit oleh wanita telah meningkat sebanyak 125% dalam tempoh lima tahun yang lalu berbanding perbelanjaan kad kredit sebanyak 71% oleh lelaki dalam tempoh yang sama.

Data ini menunjukkan bahawa lebih banyak wanita yang menyertai tenaga kerja dengan lebih banyak pendapatan. Hal ini juga menunjukkan bahawa daya beli mereka juga meningkat dan wanita mempunyai lebih banyak wang untuk mengimbangi perbelanjaan mereka.

Kumpulan pengguna yang semakin meningkat juga terdiri daripada lebih daripada tiga juta wanita Malaysia bujang yang tinggal di bandar. Pada peringkat makro, jumlah cukai pendapatan yang dibayar oleh wanita bujang telah meningkat sebanyak 18.4% antara 2013 dan 2015.

Ini adalah tanda bahawa wanita di Malaysia lebih kuat pada hari ini berbanding sebelumnya. Maka perkahwinan bukanlah tumpuan utama wanita masa kini tetapi fokus utama lebih kepada menstabilkan kewangan dan kerjaya profesional mereka.

Satu laporan yang dibuat oleh Institut Pulau Pinang pada 2016 mendapati perbezaan di antara enrolmen perempuan dan lelaki di universiti awam telah meningkat memihak kepada wanita dari 67,734 pada tahun 2009 kepada 86,798 pada tahun 2013.

Sekitar 45% graduan kejuruteraan di Malaysia adalah perempuan, berbanding 17% di Amerika Syarikat. Oleh itu, trend semasa dijangka berkembang lebih jauh dalam tahun-tahun dan dekad yang akan datang!

Menurut Thestar, walaupun wanita telah mencapai kemajuan besar dari segi peluang pekerjaan sepenuh masa, wanita masih kurang bernasib baik dalam peranan pengurusan kanan.

Wanita ternyata lebih berpengaruh sebagai kumpulan pengguna dan menyumbang kepada kemakmuran ekonomi dan wanita masa kini membuktikan bahawa mereka mampu membayar untuk diri sendiri tanpa bergantung kepada sesiapa.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker