Teknologi

Melindungi Dokumen Penting Ketika Berlakunya Kecemasan

Bolehkah dokumen kewangan anda dilindungi ketika menghadapi kecemasan?

Bencana banjir sering berlaku di Malaysia disebabkan musim angin monsun yang melanda Malaysia sebanyak dua kali setahun. Apabila ia melanda ia membawa hujan lebat dan angin kencang yang seterusnya menyebabkan berlakunya banjir. Keadaan ini telah menyebabkan banyak kemusnahan dan kerosakan. Malah, menurut The Star terdapat sesetengah negeri (seperti Kelantan serta Kedah yang sering dilanda banjir) yang sering bersiap sedia untuk menghadapi bencana semulajadi ini setiap kali menghampiri hujung tahun.

Golongan pakar mengatakan bencana seperti ini memerlukan anda untuk merancang bagaimana untuk melindungi dokumen-dokumen peribadi dan kewangan yang penting lapor CNBC.

Dua tindakan penting yang perlu diambil

Terdapat dua perkara penting yang perlu dilakukan : Melindungi dokumen asal serta membuat salinan digital yang boleh diakses dari mana-mana sahaja kata Leonard Wright, seorang akauntan awam berdaftar. Beliau juga merupakan pengarang bersama ” Disasters and Financial Planning (Bencana dan Perancangan Kewangan),” sebuah panduan bagi pengguna digital percuma hasil  terbitan Institut CPA Amerika, Palang Merah Amerika serta National Education Endowmen

“Antara tempat-tempat penyimpanan tipikal dokumen penting adalah,  samaada di dalam rumah  atau di dalam peti simpanan keselamatan. Kedua-dua tempat tersebut boleh terbakar atau dilanda banjir,” kata Wright. “Di sinilah sistem simpanan cloud memainkan peranan penting.”

Dokumen penting yang perlu anda kumpulkan termasuklah yang mungkin sukar untuk digantikan  (seperti wasiat, sijil kelahiran, kad pengenalan dan pasport) serta yang anda perlukan untuk pulih dari kejadian bencana (polisi insurans dan geran harta).

Menyimpan dokumen asal ditempat yang dijamin selamat

Mengumpulkan semuanya  di satu tempat akan memudahkan anda untuk  mengambil semua dokumen itu  dengan cepat jika berlaku pemindahan. Anda boleh melindungi dokumen-dokumen tersebut di dalam bekas kalis api dan air di rumah anda, atau di luar rumah seperti di dalam peti simpanan keselamatan, kata Wright.

Mewujudkan salinan digital di dalam ‘cloud

Menggunakan sistem cloud adalah menggunakan sistem rangkaian yang boleh dikawal dari jauh  untuk menyimpan, menguruskan dan memproses data daripada menggunakan sistem di dalam komputer sendiri. Mewujudkan salinan digital di dalam sistem ‘cloud’ akan memastikan anda masih mempunyai akses terhadap dokumen penting jika bencana  tersebut berlaku semasa anda berada jauh dari rumah, tidak dapat pulang selepas bencana atau berlaku kerosakan terhadap dokumen asal.

Gambar rajah menunjukkan bagaimana sistem cloud berfungsi

“Keadaan mungkin menjadi sangat sukar,” kata Steve Schult, pengarah kanan pengurusan produk  LastPass, pengurus kata laluan digital. “Anda mungkin tidak sempat mendapatkan komputer riba ketika mahu keluar dari rumah.”

Pastikan sistem ‘cloud’ yang digunakan dijamin selamat

Tidak semua perkhidmatan penyimpanan cloud adalah terjamin selamat. Cari sistem yang menyulitkan (encrypt) data anda untuk melindungi dokumen kewangan yang sensitif, kata Wright.

Pertimbangkan bagaimana anda boleh berkongsi akses ke simpanan berharga ini dengan ahli keluarga dan kenalan lain yang  boleh dipercayai, kata Schult. (Sebagai contoh Lastpass membolehkan pengguna membuat akaun untuk keluarga  serta menetapkan protokol akses ketika berlakunya kecemasan.)

“Bukan anda seorang sahaja yang memerlukan akses terhadap maklumat itu,” katanya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker