#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Tombiruo: Novel Popular Ke Layar Perak


 

Tombiruo: Penunggu Rimba ialah sebuah filem aksi pengembaraan Malaysia 2017 yang diarahkan oleh Nasir Jani dan Seth Larney, diadaptasi daripada novel yang diterbitkan pada 1998 dengan judul sama karya Ramlee Awang Murshid.

Filem ini menjalani proses penghasilan di bawah kerjasama penerbitan Astro Shaw, penerbit buku Karangkraf, Ideate Media dan syarikat penerbitan milik Ramlee sendiri, Layar Sunan.

Ia juga dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabil Huda, Faizal Hussein, Hasnol Rahmat serta Datuk M. Nasir.

Tombirou; yang membawa maksud semangat orang mati dalam bahasa Kadazan-Dusun, mengisahkan seorang lelaki yang membesar bersama semangat hutan. Plot filem ini menceritakan Ejim (watak utama) yang mula mengenali diri sendiri dan sejarah hidupnya setelah berdepan dalam konflik bersama sebuah syarikat pembalakan yang mampu memusnahkan hutan dan tempat tinggalnya.

 

Filem ini memberikan visual yang menarik disamping jalan cerita dan suntingan yang hebat. Prinsip fotografinya pula sangat kemas dan cantik mengikut babak-babak yang sesuai. Rata-rata penonton dan peminat karya ini berpuas hati dengan filem ini.

Bertempat di Mid Valley semalam, satu tayang perjumpaan Kelab Ramlee Awang Murshid (Kelab RAM) telah diadakan bagi menyokong filem ini.

Turut hadir, penulis novel ini sendiri, Ramlee Awang Murshid, wakil Karangkraf, ahli kelab peminat dan juga orang ramai.

Bagi yang menyokong filem ini, penonton diberikan cederahati khas Tombiruo bagi setiap pembelian tiket.

Penulis, Ramlee Awang Murshid (kiri) bersama peminat

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.