AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pilihan Raya Mengejut Austria

Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa negara yang akan mengadakan pilihan raya mengejut seperti Jepun dan Iceland.

Pilihan raya mengejut jepun akan berlangsung pada 22 Oktober manakala Iceland pula akan melaksanakan pilihan raya mereka pada 28 Oktober ini.

Walau bagaimanapun, pada hari Ahad ini (15 Oktober 2017), Austria akan mengadakan pilihan raya mengejut.

Di sini, kami bawakan kepada anda beberapa perkara yang penting tentang pilihan raya berkenaan.

 

STRUKTUR KERAJAAN AUSTRIA

Austria mempunyai struktur kerajaan yang serupa dengan Jerman, di mana pemimpin yang berkuasa di sana adalah Canselor.

Canselor di kedua-dua negara tersebut adalah sama seperti jawatan perdana menteri.

Namun, Austria juga mempunyai presiden, dan seseorang presiden adalah ketua negara dan seorang individu yang bertindak di atas nasihat Canselor.

Kini, negara itu akan memilih Cancelor baru yang akan menjadi pemimpin parti terkuat di sana.

 

SIAPA YANG SEDANG BERKUASA?

Austria mempunyai kerajaan campuran di antara Parti Demokratik Sosial dan Parti Konservatif Rakyat.

Pasca-peperangan negara itu telah menetapkan bahawa pembentukan kerajaan perlu melibatkan dua parti politik utama.

 

MENGAPA INGIN MENGADAKAN PILIHAN RAYA MENGEJUT?

Pada bulan Mei, Naib Canselor, Reinhold Mitterlehner telah meletak jawatannya itu dan juga kedudukannya sebagai pemimpin Parti Konservatif Rakyat.

Peletakan jawatan itu berlaku di tengah-tengah konflik dengan kerajaan gabungan pimpinan Canselor, Christian Kern yang juga merupakan pemimpin Parti Demokratik Sosial.

Kini, seorang calon bernama Sebastian Kurz dilantik untuk menggantikan tempat Mitterlehner, dan beliau kemudian memutuskan untuk mengadakan pilihan raya awal.

 

SIAPA SEBASTIAN KURZ?

Kini, Sebastian Kurz menjadi seorang ikon yang amat popular di kalangan rakyat negara itu.

Beliau menjadi Menteri Luar yang termuda di dunia apabila di lantik memegang jawatan tersebut ketika masih berusia 27 tahun pada 2013.

Namun, Kurz juga dituduh menjadi seorang yang ‘tidak berhati perut’ oleh akhbar Jerman bernama Die Welt kerana meminta supaya semmpadan luar EU diketatkan lagi, sekali gus mengakhiri operasi amal dalam menyelamatkan pelarian di Mediterranean.

Partinya juga sedang berada di tempat pertama dalam tinjauan pendapat yang terbaru.

 

ISU YANG PERLU DIHADAPI

Imigrasi merupakan topik yang amat hangat di Austria. Memetik laporan Sky News, lebih daripada 1% populasi negara itu atau 87,000 orang adalah pencari suaka yang diterima masuk pada tahun 2015.

Oleh itu, Kurz telah berikrar untuk mengambil pendirian yang lebih tegas terhadap isu tersebut dan mencabar pendekatan ‘lemah’ yang diambil oleh Canselor Jerman, Angela Merkel.

 

POPULARITI PARTI POPULIS BERHALUAN KANAN, FREEDOM PARTY

Freedom Party telah muncul sebagai parti yang paling popular buat tempoh setahun, namun segalanya berubah apabila Kurz mengambil alih Parti Konservatif Rakyat pada bulan Mei.

Namun, memandangkan negara mempunyai pendirian tegas terhadap pendatang asing, ini bermakna Parti Kebebasantidak akan tewas sepenuhnya dalam pilihan raya kerana mereka mengambil pendekatan yang lebih lembut terhadap isu itu.

Sekiranya berjaya mengalahkan Parti Demokratik Sosial, Parti Kebebasan boleh membentuk kerajaan jika dapat meraih kedudukan kedua.

WAKTU PILIHANRAYA

Undian akan dibuka pada jam 7 pagi waktu tempatan pada hari Ahad, 15 Oktober 2017 dan akan ditutup pada jam 5 petang.

 

APA YANG DIRAMALKAN UNTUK BERLAKU?

Berdasarkan tinjauan pendapat, peluang Kurz untuk menang pilihan raya dan menjadi canselor seterusnya amat cerah, dan partinya akan berganding bahu dengan Parti Kebebasan.

 

 

 

Tags
Show More

Related Articles