Isu SemasaTempatan

Dewan Bahasa Dan Pustaka Memperkenalkan Perkataan Baru

Dengan mengikuti peredaran semasa, bahasa sering berubah dengan penambahan perkataan baru. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendedahkan beberapa perkataan baharu dalam bahasa Melayu menerusi akaun Twitternya pada hari Isnin.

Dengan tajuk ‘Peka Bahasa – Istilah Semasa’, DBP memaklumkan terma dalam bahasa Melayu bagi empat perkataan Bahasa Inggeris, yang sering digunakan pada hari ini.

Perkataan tersebut adalah;

  1. Kata pikat (pick-up line)
  2. meridap (nap)
  3. swafoto maut (killfie)
  4. tunafoto (photobomb)

Swafoto maut ialah apabila kita mengambil gambar sendiri di tempat-tempat yang berbahaya menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital yang boleh membahayakan diri atau atau membawa kematian, seperti mengambil gambar sendiri di tepi tebing atau di belebas bangunan tinggi.

Namun ramai yang keliru dengan penggunaan perkataan tuna bagi terma bahasa Melayu itu kerana ia biasanya digunakan untuk membawa maksud ikan tuna dalam bahasa Inggeris.

Tetapi menurut Kamus Dewan edisi keempat, tuna juga bermaksud luka atau rosak yang digunakan untuk menterjemahkan perkataan photobomb, lapor Mstar.

Tunafoto bermaksud gambar yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto.

Sumber daripada DBPMalaysia

Tags
Show More

Related Articles