AntarabangsaIsu Semasa

Berlumba Bertentangan Dengan Tradisi

Seorang wanita Qatar yang mencipta nama kerana muncul di televisyen tanpa tudung telah memecah tradisi sebagai joki wanita di negara Teluk yang konservatif itu, di mana sukan kuda biasanya dimainkan oleh lelaki.

Maryam al-Subaiey telah mencabar jangkaan dan tradisi kerana mengejar impiannya sebagai pelumba kuda. Walaupun beliau telah mengalami kejatuhan teruk pada tahun ini, ia tetap tidak menghancurkan impiannya.

“Saya tidak perlu melakukan apa yang masyarakat mahukan daripada saya sebagai seorang wanita,” kata Subaiey yang berumur 31 tahun.

“Saya dijangkakan untuk menjadi seorang usahawan dan kemudiannya untuk berkahwin dan beranak.”

Tambahnya lagi, menjadi seorang atlet wanita bukannya sesuatu yang dapat dijangkakan oleh seorang warga Qatar.

“Ia tidak dijangka, ia sangat berbeza.”

Perlawanan menentang tradisi

Impian Subaiey menjadi kenyataan pada 24 Febuari di Kelab Racing dan Equestrian Qatar, di pinggir ibu kota Doha.

Di sana, dia berlumba di litar buat pertama kalinya.

Subaiey tidak menang, dia menamatkan perlumbaan itu di tempat ke 11 daripada 14 pelumba pada acara “Thoroughbred Handicap” bersama kudanya yang bernama “Comedy Night”.

Tetapi apa yang lebih penting daripada kedudukan terakhirnya adalah kemampuannya untuk bersaing.

Wanita telah pun berlumba di Qatar sebelum ini, terdapat seorang lagi wanita yang datang dari luar yang menyertai kategori handicap yang sama dan terdapat laporan media tempatan yang merujuk kepada tahun 2008 tentang seorang pelumba berumur 14 tahun yang tidak berpengalaman berlumba di kelab ekuestrian.

Tetapi walaupun rekodnya tidak konklusif, para pegawai memberitahu AFP bahawa Subaiey adalah joki wanita Qatar yang pertama untuk mengambil bahagian dalam acara itu.

“Saya masih tidak percaya yang saya di sini,” katanya selepas itu.

“Kepentingan kehadiran saya di sini bukan sahaja kerana saya adalah joki wanita Qatar pertama – saya di sini demi semua wanita Qatar dan semua wanita Khaleej,” katanya, merujuk kepada semua wanita dari Teluk.

 

Tindak balas

Subaiey terkenal di kalangan beberapa warga Qatar.

Tahun lepas, dia muncul di televisyen France 24 Arab untuk membincangkan bagaimana wanita Qatar melihat peranan mereka di dalam masyarakat.

Terdapat tindak balas ketika dia muncul di skrin kerana tidak memakai tudung.

Seorang pengulas dalam talian memanggilnya “contoh buruk” untuk wanita Qatar.

Satu juga poster yang menulis: “Pendidikan tidak berguna jika ia membuatkan anda tidak mematuhi perintah Tuhan.”

Subaiey hanya menjawab: “Saya mempunyai kebebasan untuk memilih apa yang saya mahu atau tidak mahu pakai.”

Tidak berprestij

Walaupun dia telah menaiki kuda sejak kecil, dia tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang joki.

Tetapi dia berkata: “Ini adalah sesuatu yang saya mahu lakukan sejak sekian lama. Saya suka kuda dan saya fikir, mengapa tidak?”

Subaiey mengakui seorang joki wanita dilihat oleh beberapa orang sebagai “tidak berprestij” dalam masyarakat tradisional seperti itu.

Tetapi walaupun hasratnya menjadi joki mungkin menimbulkan beberapa soalan, Subaiey berkata dia mempunyai sokongan keluarganya, yang tidak pernah terlibat dalam dunia perlumbaan kuda, dan sokongan daripada ramai rakan senegara – “bahkan lelaki Qatar juga”.

“Apa yang saya dengar hanya komen positif,” tambahnya.

“Banyak gadis muda memberitahu saya bahawa saya memberi inspirasi kepada mereka. Itulah yang saya mahu lakukan.”

Show More

Related Articles