#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Penglipuran, Indonesia: Kampung Ketiga Terbersih Di Dunia


 

Di sebuah kaki bukit  di Bali terletak salah sebuah kampung terbersih di dunia.

Penglipuran, 45km dari Denpasar di bawah pemerintahan Bangli, mepunyai perbezaan yang ketara berbanding tempat-tempat pelancongan biasa di Bali. Diundi sebagai kampung ke-3  terbersih di dunia, disebabkan kelestariannya, rumah-rumah unik milik 1,000 orang penduduk Bali  telah menyaksikan peningkatan dari segi kedatangan pengunjung serta perhatian  pihak global lapor Wowshack.

Latar belakang Penglipuran

Kembali pada tahun 1990, Penglipuran adalah seperti  mana-mana kampung lain di Indonesia. Penduduk tempatan mempunyai pegangan yang kukuh terhadap budaya tradisional dan amalan agama mereka. Untuk memastikan tradisi ini terus wujud, mereka mewujudkan rancangan supaya tradisi nenek moyang mereka bergerak selari dengan modenisasi. Tindakan ini telah berjaya mencapai matlamatnya.

Dengan bantuan Jabatan Kebudayaan dan Program Pengurusan Pelancongan, Penglipuran telah berjaya mengelakkan pelbagai rancangan pembangunan serta program yang melibatkan bata dan mortar. Jadi sehingga kini ia boleh mengekalkan struktur buluhnya. Tema semulajadi ini melibatkan kandungan rumah, dari dapur ke perabot.

Berjalan menerusi pintu masuk angkulangkul lama Hindu adalah seperti melangkah masuk ke dalam sebuah gerbang ke dimensi lain. Sebuah versi Indonesia di mana plastik-plastik langsung tidak kelihatan, sampah-sampah pada kadar yang minimum dan berada di tempat yang sepatutnya iaitu di dalam tong sampah dan bukannya di atas jalan-jalan. Mereka juga mempunyai kawasan khas untuk aktiviti merokok.

Tabiat menjaga persekitaran kediaman juga dipupuk dalam kehidupan harian – perkara penting ini telah diajar dan ditekankan di dalam jiwa kanak-kanak penduduk kampung ini untuk beberapa generasi. Studio seni serta persembahan-persembahan di peringkat sekolah sering diadakan semasa Pesta Kampung Penglipuran untuk membantu mengukuhkan budaya mementingkan kebersihan dalam pemikiran penduduk.

Para ibu dan suri rumah di kampung ini turut memainkan peranan yang penting. Sekali dalam sebulan mereka berkumpul untuk mengumpul dan mengasingkan sampah-sampah. Sampah organik diproses menjadi baja manakala sampah plastik dijual untuk dikitar semula atau di kumpul “di bank sampah.”

Pembiayaan sebagai insentif untuk mengekalkan kebersihan kampung ini

Kampung ini dibiaya oleh bayaran masuk yang dikenakan sebanyak US $ 2.24 (Rp.30.000) serta sumbangan (tidaklah wajib) oleh pengunjung. Ini merupakan sejenis sumber kewangan tetap untuk 1,000 orang penduduk. Ia juga merupakan sebuah insentif untuk menjaga kebersihan tempat tinggal mereka. Di mana lagi di Indonesia, ataupun di mana-mana di dunia, kaum hawa dibayar untuk melaksanakan peranan sebagai suri rumah dan ibu-ibu yang prihatin akan komuniti?

Sambutan Perayaan Galungan

Kebersihan ini juga dikekalkan semasa perayaan Galungan Hindu yang hebat yang diadakan dua kali dalam setahun.

Selain mempunyai perayaan berwarna-warni serta penduduk yang berdedikasi menjaga alam sekitar, kampung itu juga menghadap Gunung Batur yang sangat tinggi. Boleh tahan juga untuk untuk kampung ketiga terbersih di dunia.

Rahsia menjaga kebersihan Penglipuran?

Ia sebenarnya sangatlah mudah. Mereka berkongsi cita-cita yang sama dengan setiap penduduk kampung, bandar dan metropolis  yang ada di Indonesia: iaitu keinginan mengikuti tradisi, budaya dan agama. Menjaga persekitaran kediaman warisan kita adalah sangat penting bagi mana-mana budaya pun.

Perkara yang  paling signifikan adalah keupayaan mereka untuk menjana wang untuk menjaga kebersihan. Mereka diberi insentif untuk menjaga kampung kecil mereka. Dengan memberi penghargaan kepada suri rumah komuniti tersebut untuk melaksanakan peranan ibu-ibu dalam masyarakat yang terlalu sering diabaikan, mereka mampu mencipta sebuah pulau syurga yang bersih walaupun di sekelilingnya dipenuhi  sampah sarap.

Itulah sebabnya Indonesia dan dunia sedang menumpukan perhatian terhadap Penglipuran.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.