Gaya HidupMakan & Minum

Jom Makan Bersama BAE

Jarang untuk kita lihat harga makanan di restoran yang berharga serendah RM 2.50. Sebuah restoran yang bernama BAE telah menawarkan makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti nasi lemak, drumsticks ayam goreng, dan nasi telang serendah RM2.50.

Jika anda pernah makan di mana-mana restoran boat noodle, saiz hidangan adalah sama seperti di restoran itu. Sementara saiz hidangan tidak banyak, apa yang anda akan dapat adalah kepelbagaian makanan.

Untuk mengisi perut anda, 3-4 pinggan sudah pun mencukupi. Jika anda lebih suka saiz hidangan yang lebih besar, pilihlah menu biasa mereka yang berharga bermula daripada RM 2.50 ke atas.

Ingin tahu bagaimana nama restauran ini dipilih? Nama restoran BAE – Build And Eat sebenarnya diperolehi daripada konsep di mana tukang masak restoran itu memasak, sementara pelanggan ‘membina’ hidangan yang sempurna untuk dimakan.

Dengan pilihan makanan di Bangsar yang selalunya agak mahal, sangat bagus untuk melihat restoran seperti BAE yang lain daripada yang lain kerana pilihan makanan mereka yang mesra dompet.

Sekarang, anda boleh bawa ‘bae’ anda datang makan di sini!

BAE – Build And Eat
6, Jalan Telawi 4, Bangsar Baru, Kuala Lumpur. Daily, 10am-10pm. Tel: 03-2201-8288
Tags
Show More

Related Articles