#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Pemandu Wanita Arab Saudi Kini ‘Sasaran’ Syarikat Kenderaan


 

Pada 26 September bulan lepas, Raja Arab Saudi, Raja Salman telah mengeluarkan perintah diraja yang akhirnya membenarkan wanita di negara itu untuk memandu mulai bulan Jun 2018.

Susulan itu, syarikat-syarikat pembuat kenderaan, sekolah memandu, serta perkhidmatan e-hailing, kini menyasarkan untuk mengambil kaum hawa Arab Saudi untuk menyertai mereka.

Memetik laporan Reuters, syarikat Uber berhasrat untuk merekrut pelatih pemandu wanita bagi melatih golongan wanita di negara itu yang ingin bekerja dengan syarikat tersebut pada akhir tahun.

Uber juga akan membuka “pusat sokongan wanita” mereka yang pertama bagi memberikan sokongan dan bantuan secara langsung kepada pemandu wanita.

“Kami ingin membuka sebuah pusat khusus untuk wanita yang mahu berada di platform ini sebagai pemandu di Arab Saudi,” kata Shaden Abdellatif, jurucakap Uber di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Keputusan ini juga dijangka akan mendorong lebih ramai wanita untuk menyertai tenaga kerja sekali gus meningkatkan penjualan kenderaan.

Uber berkata, mereka ingin menjadi sebahagian daripada “perubahan progresif” tersebut.

Jelas Abdellatif, kenderaan boleh menjadi perniagaan kecil untuk golongan wanita, dan ia juga merupakan pekerjaan sambilan.

Sementara itu, Princess Nourah bint Abdulrahman Universiti, sebuah sekolah perempuan di Riyadh, mengumumkan di laman sosial Twitter bahawa pihaknya juga akan menubuhkan sekolah memandu pertama untuk wanita di negara itu.

Keputusan memberi ‘lampu hijau’ kepada wanita untuk memandu turut menerima sambutan yang positif daripada syarikat-syarikat pembuatan kenderaan.

“Tahniah kepada semua wanita di Arab Saudi yang kini boleh memandu,” kata syarikat kenderaan Nissan.

Menurut peramal terkemuka, LMC Automotive, kewujudan pemandu wanita di negara itu akan meningkatkan penjualan kenderaan sebanyak 15% hingga 20% setiap tahun.

Pada masa kini, terdapat 220 buah kenderaan bagi setiap 1,000 orang dewasa, dan jumlah itu akan meningkat kepada 300 kenderaan menjelang tahun 2025 sekali gus menghampiri nisbah di Emiriah Arab Bersat (UAE).

Walau bagaimanapun, perubahan ini mungkin dilihat sebagai ‘berita buruk’ buat kira-kira 1.3 juta kaum lelaki yang bekerja sebagai pemandu di negara itu, termasuk golongan pendatang asing di dalam tenaga kerja, kerana penyertaan wanita akan meningkatkan lagi persaingan.

 

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.