Isu SemasaTempatan

AWAS! Bahaya Pendakap Gigi Palsu

Persatuan Pergigian Malaysia (MDA) melahirkan kebimbangan terhadap kekurangan kesedaran orang ramai mengenai penggunaan pendakap gigi. Masyarakat seharusnya perlu berhati-hati dan menemui pengamal yang berdaftar secara sah dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC).

Bersama dengan pihak berkepentingan seperti Persatuan Pengamal Pergigian Swasta Malaysia dan Persatuan Pergigian Islam Malaysia, MDA melahirkan kebimbangan mengenai bagaimana sesetengah orang masih mencari rawatan pergigian daripada pengamal tidak berdaftar.

Persatuan itu mengeluarkan peringatan bahawa pergigian di Malaysia dikawal selia di bawah Akta Pergigian 1971 (Akta 51), dengan orang awam mempunyai hak untuk mendapatkan rawatan pergigian yang selamat di negara ini.

Apa-apa bentuk prosedur pergigian perlu dilakukan oleh pengamal berdaftar di kemudahan penjagaan kesihatan awam atau di bawah persekitaran klinikal di premis yang didaftarkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Swasta (PHFSA) 1998.

Persatuan Pengamal Orthodontik Malaysia juga amat prihatin dengan orang ramai mendapatkan rawatan daripada doktor gigi palsu untuk membetulkan gigi mereka.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak memakai pendakap gigi semata-mata untuk mengikut trend dan menanggung risiko dengan mendapatkan pendakap palsu, kerana rawatan ortodontik yang betul disediakan oleh semua pengamal pergigian yang berdaftar di Malaysia.

Perkhidmatan dari doktor gigi palsu mempunyai banyak kesan negatif, termasuk komplikasi yang tidak dapat ditangani oleh pesakit dan penyakit ini lebih rumit untuk dirawat dan mereka berkemungkinan menanggung kos yang lebih tinggi.

Menurut laporan Thestar, selain tibi, hepatitis juga boleh berjangkit menerusi air liur. Penyakit ini serius dan tidak boleh dipandang remeh.

Dengan kerjasama dengan pihak berkepentingan yang berkaitan, MDA akan terus melibatkan orang ramai untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik mereka mengenai isu pergigian palsu.

Rancangan sedang berjalan untuk projek tanggungjawab sosial komuniti mengenai perkara ini. Ceramah awam juga dijadualkan diadakan sempena Pameran Konvensyen dan Perdagangan Saintifik MDA ke-25 pada Januari tahun hadapan.

Tags
Show More

Related Articles