#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Sistem Pendidikan Patriotik Di China


 

Sistem pendidikan di China telah berubah sejak beberapa tahun lalu untuk meningkatkan lagi kesedaran patriotik dalam kalangan belia di negara itu.

Pada bulan September, undang-undang baru yang dikenali sebagai National Anthem Law (undang-undang lagu kebangsaan) telah diluluskan oleh jawatankuasa tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, memperuntukkan bahawa lagu kebangsaan negara perlu dimainkan dan dinyanyikan di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Berdasarkan undang-undang yang dikuatkuasakan pada 1 Oktober itu, “sekolah perlu menganggap lagu kebangsaan sebagai sebahagian penting dalam pendidikan patriotik untuk para pelajar.”

“Mereka (pihak sekolah) wajib mengajar pelajar untuk menyanyikan lagu itu, mempelajari sejarahnya dan semangat yang dicerminkan, dan juga mematuhi etika ketika menyanyikannya,” kata undang-undang itu.

Memetik laporan China Daily, awal tahun ini, Kementerian Pendidikan menggesa jabatan-jabatan pendidikan di seluruh negara supaya menyemak semula buku teks untuk sekolah rendah dan menengah dengan menambahkan durasi sejarah War of Resistance Against Japanese Aggression daripada 8 tahun (1937-1945) kepada 14 tahun (1931-1945).

Kementerian itu berkata, langkah tersebut diambil bukan sahaja untuk menyemarakkan semangat ulang tahun ke-70 pengakhiran Perang Dunia Kedua dan perjuangan China melawan Jepun, tetapi ia juga bermatlamat untuk mengukuhkan pendidikan patriotik bagi generasi muda dengan membolehkan mereka untuk memahami sejarah dengan cara yang sangat mendalam.

Sementara itu, Lyu Kiangqiong, pengarah di pejabat hal ehwal pelajar di Shengli Experimental School di Hangzou, wilayah Zhejiang, telah melihat perubahan dan penekanan ke atas pendidikan patriotik.

Beliau bertanggungjawab dalam merangka kurikulum yang berkaitan dengan patriotisme dan menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk para pelajar.

“China telah banyak berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan menjadi semakin berpengaruh di dunia, jadi saya rasa ia adalah satu keperluan untuk melaksanakan pendidikan patriotik dalam kalangan golongan muda,” kata Lyu.

Tambah beliau, pendidikan baru ini juga akan menyemarakkan lagi rasa cinta mereka terhadap negara berlandaskan pengetahuan dan pemahaman yang lebih baik.

Lyu berkata, pendidikan patriotik di sekolahnya mula menjadi teratur dan sistematik pada tahun 2009, ketika pembinaan kampus di sana disiapkan dan sekolah itu memutuskan itu

“Sebagai contoh, kami membawa pelajar ke tempat-tempat bersejarah semasa lawatan musim bunga tahunan,” ujarnya.

Menurut Lyu, guru-guru akan menceritakan latar belakang tempat-tempat tersebut sebelum menjalankan aktiviti lawatan.

“Apabila berada di sana, kami akan membimbing para pelajar untuk mendengar kisah-kisah yang diceritakan oleh pewaris-pewaris keturunan pahlawan di sana,” kata beliau.

Selepas selesai lawatan, Lyu dan guru-guru lain akan meminta para pelajar untuk melakukan kerja berdasarkan apa yang mereka telah pelajari, seperti menulis artikel pendek, papan pameran dan sebagainya.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa aktiviti musim bunga pada tahun sebelum-sebelum ini hanya kegiatan santai dan berseronok sahaja.

 

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.