AntarabangsaIsu Semasa

‘Rekrut’ Belia, Kena Bicara

Bulan September lepas, seorang ‘pendakwah kebencian’ yang popular di Jerman bernama Abu Walaa, telah dibicarakan atas tuduhan meradikalisasikan golongan lelaki muda dan menjalankan rangkaian militan yang mempunyai kaitan dengan penyerang pasar Krismas di Berlin.

Walaa juga disyaki menjadi ketua de facto kumpulan militan IS di negara itu selain daripada memegang nama samaran “pendakwah yang tidak bermuka” kerana hanya menunjukkan belakangnya kepada kamera apabila membuat penampilan dalam video-video propaganda IS.

Memetik laporan The Express Tribune, warga Iraq berusia 33 tahun itu telah ditahan oleh pihak berkuasa pada bulan November lepas kerana disyaki menjadi “individu utama” dalam pengrekrutan ahli-ahli baru militan.

Walaa, atau nama sebenarnya Ahmad Abdulaziz Abdullah Abdullah, tampil di sebuah mahkamah di bandar Celle utara Jerman bersama empat orang lagi defendan yang dituduh menyokong IS.

Menurut pihak pendakwa raya, kelima-lima suspek tersebut mewujudkan “rangkaian Salafi-Jihad serantau”, di mana Walaa “memainkan peranan utama sebagai wakil IS di Jerman.”

“Matlamat rangkaian itu adalah untuk menghantar orang kepada IS di Syria atau Iraq,” kata pendakwa raya dalam dakwaan mereka.

Perbicaraan tersebut dijangka akan dilangsungkan sehingga awal tahun 2018, dan ia juga dikawal dengan ketat oleh pasukan polis bersenjata yang melakukan rondaan di luar mahkamah.

Selain itu, suspek-suspek juga akan ditempatkan di sebalik cermin kalis peluru di dalam mahkamah.

Agensi berita DPA melaporkan bahawa sekiranya didapati bersalah, kesemua suspek berhadapan hukuman penjara selama 10 tahun.

Walaa juga dikatakan mempunyai kaitan dengan sesetengah serangan militan berprofil tinggi di Jerman sejak datang ke negara itu pada tahun 2001.

Selepas menubuhkan pangkalannya di Hildesheim, sebuah bandar yang dilihat sebagai kawasan yang amat aktif dengan radikalisme, Walaa mula menjadi ‘popular’ kerana menyampaikan ‘khutbah-khutbah’ berunsur ekstremisme di masjid DIK, yang telah pun ditutup sejak itu.

Dia juga didapati berucap di sebuah masjid di Berlin yang kerap dikunjungi oleh Anis Amri, penyerang yang merempuh orang ramai di pasar Krismas menggunakan lori pada bulan Disember lepas dan mengorbankan nyawa 12 orang.

Amri kemudian ditembak mati oleh pegawai polis di Itali beberapa hari selepas keganasan yang dilakukan.

Empat orang rakan subahat Walaa (warga Turki, Jerman, Jerman-Serbia, dan Camaroon) yang berusia di antara 27 hingag 51 tahun, turut dituduh mengindoktrinasikan golongan muda dengan ideologi militan.

 

 

 

Tags
Show More

Related Articles