#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Parti Kemerdekaan Maghribi Lantik Pemimpin Baru


 

Parti politik yang terlama di Maghribi, iaitu parti Istiqlal, telah melantik bekas menteri kewangan negara itu, Nizar Baraka sebagai pemimpin barunya.

Pada hari Sabtu, Baraka telah mendapat sokongan luar biasa daripada anggota-anggota parti, di mana beliau meraih 924 undian berbanding pemimpin terdahulu, Hamid Chabat yang hanya menerima 234 undian.

Orang ramai menganggap Baraka sebagai seorang “individu yang berkonsensus,” dan beliau pernah berkhidmat sebagai menteri kewangan Maghribi daripada tahun 2012 sehingga 2013 selepas bertahun-tahun memegang portfolio menteri hal ehwal ekonomi.

Sejak tahun 2013, pemimpin itu juga diberi amanah untuk memegang jawatan pengerusi Majlis Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar.

Dalam pada itu, pelantikan Baraka sebagai pemimpin baru parti Istiqlal merupakan satu keistimewaan baginya untuk meneruskan legasi atuk beliau bernama Allal El Fassi, seorang tokoh nasionalis di negara  itu yang juga pernah memimpin parti tersebut suatu ketika dahulu.

Memetik laporan Arab News, Chabat adalah seorang ahli kesatuan pekerja dan beliau dilihat sebagai ‘pembawa masalah’ dalam arena politik Maghribi sekali gus menghilangkan kepercayaan anggota parti terhadapnya.

Istiqlal membawa maksud “merdeka”, dan parti itu telah memainkan peranan yang amat signifikan dalam memperjuangkan kemerdekaan negara tersebut daripada pemerintahan berdekad-dekad Perancis dan Sepanyol.

Mempunyai kedua-dua nasionalis dan konservatif, Istiqlal mendominasi politik Maghribi buat tempoh yang lama, namun pada tahun tahun 2011, parti tersebut menjadi pembangkang apabila parti Islam negara itu, iaitu Parti Keadilan dan Pembangunan memenangi pilihan raya susulan protes-protes yang diinspirasikan oleh Arab Spring atau Kebangkitan Dunia Arab.

Kebangkitan Dunia Arab telah bermula sejak 10 Disember 2010 lagi, dan ia merupakan gelombang revolusi tunjuk perasaan dan tanda protes yang dilakukan oleh rakyat di negara-negara Arab.

Pada tahun lepas, revolusi ini telah memberi impak besar terhadap ekonomi Timur Tengah, di mana ia menyebabkan kerugian akibat perubahan kerajaan, konflik berterusan dan kejatuhan harga minyak yang dianggarkan bernilai AS$ 614 bilion (RM 2.7 trilion).

 

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.