#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Metal Gear Solid V: The Phantom Pain Percuma di PS Plus Oktober Ini


 

Bagi pemegang akaun Sony PlayStation Plus (PS Plus), jangan ketinggalan mendapatkan freebies-freebies menarik yang diberikan secara percuma Oktober ini.

Jangan terkejut, tajuk permainan popular Metal Gear Solid 5: The Phantom Pain diberikan secara percuma untuk dimuat-turun untuk konsol PlayStation 4. MGS5:TPP merupakan antara siri permainan popular bertemakan tactical-role-playing di dalam PlayStation.

Metal Gear Solid V The Phantom Pain untuk konsol PlayStation 4

Selain itu, Strike Vector EX – permainan kapal terbang perang juga diberikan secara percuma untuk konsol PlayStation 4 dan PlayStation Vita.

3 lagi tajuk permainan iaitu Hue (PS4 / PS Vita), In Space We Brawl (PS4 / PS3) dan R-Type Dimensions (PS3) juga diberikan secara percuma untuk dimuat-turun untuk konsol masing-masing.

PS Plus juga memberikan potongan diskaun sehingga 90% bagi pembeli permainan Dead Rising pada harga RM8.10. Dead Rising merupakan permainan zombie survival yang berasal dari Xbox 360 namun telah diperbaharui untuk konsol PlayStation 4.

PS Plus merupakan keahlian khas bagi pemilik PlayStation. Ia memberikan pelbagai keistimewaan  bagi pemegang akaun disamping merupakan platform untuk komuniti pengguna semua jenis PlayStation.

 

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.