Hiburan

Bahasa Bukan Penghalang Untuk Gitaris Ini

Walaupun tidak fasih berbahasa Mandarin, Zarul Ezhan yang berusia 32 tahun tetap mengambil keputusan untuk berpindah ke Shanghai, China dua tahun yang lalu untuk memulakan kerjayanya sebagai seorang penulis.

Dia tidak sangka bahawa minatnya kepada muzik ‘hardcore’ bersama-sama sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Spill Your Guts akan menarik perhatian belia-belia China di bandar terbesar republik itu. Terutamanya apabila video tidak rasmi (unofficial) salah satu lagu daripada kumpulan itu, Full Blast, tular di sana.

 “Kami terkejut melihat ia tular, walaupun itu bukan video kami. Seorang lelaki kompilasikan beberapa video, kongsikannya di WeChat dan meletakkan lagu kami di dalamnya,” katanya kepada Star2.

Zaruf, bekas penerbit radio yang kini bekerja sebagai penilai pencarian web berkata, kumpulan itu lebih terperanjat apabila mengetahui bahawa video itu telah dikongsi oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

“Malah laman rasmi Facebook Rockaway Fest telah mengongsinya dan ia tidak ada kena mengena dengan saya!” kata gitaris yang berasal dari Bangi itu.

Spill Your Guts

Spill Your Guts (SYG) ialah kumpulan punk yang terdiri daripada ekspatriat yang  tinggal di China. Selain Zaruf, kumpulan itu mempunyai vokalis yang bernama Dima Vir dari Rusia, pemain gitar, Larry Miller dari Scotland dan pemain dram, Tyler Bowa dan pemain bass, Ian Tang dari Kanada.

Menurut Zaruf, walaupun terdapat halangan bahasa, kumpulan itu tidak mempunyai masalah berkomunikasi dengan peminat kerana tiga ahli kumpulan itu fasih berbahasa Mandarin.

 “Hanya Larry dan saya yang masih teruk dengan bahasa Mandarin,” katanya sambil ketawa.

Dia menjelaskan bahawa dunia muzik ‘hardcore’ di China, yang dikenali sebagai CNHC, sedang berkembang pesat dan ramai orang selalu datang ke konsert.

 “Ia adalah komuniti yang sangat ketat. Apabila kami melakukan lawatan persembahan China Selatan pada bulan Mei, ada peminat yang datang berjumpa kami setiap malam di bandar-bandar yang berbeza,” katanya.

Baru-baru ini kumpulan itu mengeluarkan album penuh yang berjudul Hungry Crows. Ia terdiri daripada sembilan lagu seperti Praise The Fire, Town Party dan No Visas For The Wicked.

Walau bagaimanapun, Full Blast, lagu utama dan tajuk EP sebelum ini, serta lagu yang menjadikan SYG menjadi sensasi, tidak termasuk dalam rekod baru.

“Pada ketika ini, hampir 30,000 orang telah melihat video itu,” katanya.

Kumpulan itu yang sedang bersiap untuk melawat Rusia pada minggu-minggu akan datang, juga berharap untuk menghiburkan peminat di sana.

Apabila ditanya tentang rancangan untuk membuat lawatan persembahan di sekitar Asia Tenggara dan terutama di Malaysia, Zaruf berkata SYG sedang berusaha untuk melakukannya.

Tambahnya, kumpulan itu selalu berbincang untuk membuat persembahan di Malaysia kerana mereka telah bermain di Kuala Lumpur pada tahun 2014, tetapi ia sebelum dia sertai kumpulan itu.

Dan lebih baik, katanya, jika band itu dijemput untuk menjadi sebahagian daripada festival Rock terbesar Malaysia iaitu Rockaway Fest.

 “Kami suka jika dapat bermain di Rockaway Fest! Mereka telah kongsikan video Full Blast kami di halaman Facebook mereka tetapi masih belum menjemput kami.”

 

Tags
Show More

Related Articles