Sukan

Arsene Wenger: Barcelona Di Liga Perdana Tidak Realistik

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, tidak percaya Barcelona akan bermain di dalam Liga Perdana walaupun jika Catalonia berjaya mendapatkan kemerdekaan daripada Sepanyol.

Ketegangan yang terjadi akibat tindak balas kerajaan Sepanyol terhadap referendum kemerdekaan Catalan itu telah mendorong beberapa pihak, termasuk menteri sukan Catalonia, Gerard Figueras, untuk mencadangkan Barca suatu hari nanti untuk bermain di liga utama Inggeris itu.

“Monaco bermain di (liga) Perancis, di England pula kelab dari Wales,” ujar Figueras.

“Saya tidak rasa UEFA menghalang mana-mana kelab dari bermain di liga yang lain daripada negara asal mereka.”

Tetapi Wenger merasakan ianya tidak realistik ataupun wajar dalam menyelesaikan satu masalah yang rumit.

Apabila ditanya sama ada beliau mahu melihat Barcelona bermain di dalam Liga Perdana jika mereka meninggalkan La Liga, Wenger memberitahu beIN SPORTS: “Tidak, kerana jika anda mengganggu perpaduan geografi, ianya tidak masuk akal. Saya percaya ia tidak normal.

“Mengapa tidak menjemput pasukan Celtic atau Rangers untuk bermain di Liga Perdana, yang sememangnya sebahagian daripada Great Britain? Ia lebih masuk akal dariapda menjemput Barcelona.

“Lebih lagi, jika keadaan politik di antara Catalonia dan Sepanyol menjadi semakin runcing, England akan terpaksa menyebelahi Catalonia dan itu tidak akan diterima di pentas antarabangsa, mahupun di pentas politik.

“Saya tidak rasa ia satu senario yang anda boleh bayangkan secara realistik.

“Dan saya berharap ia tidak terjadi dan Barcelona boleh kembali bermain di Sepanyol.”

 

Tags
Show More

Related Articles