Hiburan

Faizal Tahir Tercalon Lagi Dalam MTV EMA

Kerjaya Faizal Tahir yang terkenal sebagai seorang penyanyi dan penulis lagu di Malaysia mendapat pencalonan kedua di MTV Europe Music Awards (EMA) 2017 yang akan diadakan di The SSE Arena, Wembley, di London pada 13 November ini.

Walau bagaimanapun, sebagai bintang yang rendah hati, Faizal Tahir berkata beliau tidak pernah meletakkan mana-mana anugerah sebagai tanda aras untuk berjaya.

“Memenangi anugerah adalah sesuatu yang baik kerana ia akan membawa kebanggaan kepada peminat saya, industri muzik Malaysia dan Malaysia secara umum,” kata Faizal, 38.

Turut tercalon ialah Isyana Sarasvati (Indonesia), The Sam Willows (Singapura), Slot Machine (Thailand), Palitchoke Ayanaputra (Thailand), James Reid (Filipina) dan Dam Vinh Hung (Vietnam).

Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, pemenang kategori Artis Asia Tenggara Terbaik ditentukan oleh undi dalam talian.

Untuk memberikan undian anda untuk Faizal, log masuk ke laman web rasmi MTV EMA, www.mtvema.com/en-asia. Tempoh pengundian berakhir pada 11 Nov.

Faizal dicalonkan untuk kategori anugerah yang sama pada tahun 2015, tetapi nasib tidak berada di pihaknya dan trofi itu dibawa pulang oleh penyanyi-penulis lagu Vietnam, Sơn Tùng M-TP.

“Saya tidak kecewa kerana pertandingan itu berasaskan undi. Namun, saya perlu memberi penghargaan dan berterima kasih kepada industri muzik tempatan dan peminat saya atas usaha mereka untuk menyokong saya sepanjang masa.”

Mengenai sama ada beliau mempunyai rancangan untuk mempromosikan muziknya di peringkat antarabangsa, Faizal berkata pada masa ini dalam kariernya, dia lebih suka untuk tidak menentukannya dan berserah pada nasib.

“Saya tidak mengatakan bahawa saya tidak akan mengembangkan kerjaya saya di peringkat global, tetapi saya perlu melakukan perkara yang betul pada masa yang tepat. Dan kini bukanlah masa yang tepat.”

MTV EMA 2017, kini dalam tahun ke-24, memberi pengiktirafan kepada artis-artis antarabangsa dalam industry muzik. Ia akan disiarkan secara langsung di MTV Asia (Astro Channel 713).

Menurut laporan NST, acara permaidani merah akan berlangsung pada pukul 3 pagi dan akan diikuti dengan majlis anugerah pada jam 4 pagi.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker