Bisnes & Ekonomi

Malaysia di Tempat Ke-65 Dalam Laporan Kebebasan Ekonomi Dunia

Malaysia menduduki tempat ke 65 dalam kalangan 159 buah negara pada 2015, melonjak sebanyak tujuh tangga berbanding tempat ke-72 pada 2014 menurut majalah Economic Freedom of The World Report  2017 (EFW) baru-baru ini.

Laporan ini meletakkan negara berdasarkan konsistensi institusi dan dasar mereka dalam mempromosikan kebebasan ekonomi, diterbitkan oleh Institut Fraser di Kanada. Edisi 2017 dikira berdasarkan data untuk indeks yang dikumpulkan pada tahun 2015.

Kedudukan itu juga mendedahkan bahawa pada peringkat serantau, Malaysia menduduki tempat keempat di kalangan negara Asean selepas Singapura, Filipina dan Kemboja, diikuti rapat oleh Indonesia dan Laos di tempat kelima dan keenam.

Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Idea) berkata, Malaysia mencatat mata keseluruhan 7.19 yang didorong oleh peningkatan “Saiz Kerajaan” yang mencerminkan skala intervensi kerajaan dalam sebuah negara.

Seperti yang ditulis Thestar, peningkatan yang lebih baik menunjukkan tahap kebebasan ekonomi individu yang lebih tinggi diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia.

Malaysia juga menyaksikan peningkatan dalam bidang “Peraturan” dan “Akses kepada Wang Tunai”. Kategori yang kedua dinilai berdasarkan bagaimana negara mengamalkan dasar yang menghasilkan inflasi yang rendah.

Peningkatan skor ‘Peraturan’ Malaysia adalah bukti kepada pengurangan terhadap sekatan dalam sesuatu perniagaan.

Indeks yang diterbitkan dalam Kebebasan Ekonomi Dunia mengukur sejauh mana dasar dan institusi negara menyokong kebebasan ekonomi. Faktor-faktor kebebasan ekonomi adalah pilihan peribadi, pertukaran sukarela, kebebasan untuk memasuki pasaran dan bersaing, serta keselamatan orang dan harta persendirian.

Empat puluh dua titik data digunakan untuk membina indeks ringkasan dan untuk mengukur tahap kebebasan ekonomi dalam lima bidang luas.

Skor Malaysia dalam komponen utama EFW adalah: Saiz kerajaan (meningkat kepada 6.93 daripada 6.63); Sistem undang-undang dan hak harta (jatuh kepada 5.76 daripada 5.87); Akses kepada wang tunai (meningkat kepada 7.01 dari 6.85); Kebebasan untuk berdagang di peringkat antarabangsa (turun kepada 7.51 dari 7.56); dan Peraturan kredit, buruh dan perniagaan (meningkat kepada 8.72 dari 8.62).

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker