#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


United Kingdom: Aplikasi Meramal Penyebaran Wabak Maut


 

Dari cacar kepada selesema, wabak penyakit selalunya tersebar dengan pantas, seterusnya menyebabkan kehancuran sebuah populasi.

Untuk mengelakkan berlakunya penyebaran wabak baru, BBC Four telah mencipta sebuah aplikasi yang boleh mengesan pergerakan dan corak interaksi pengguna. Data yang dikumpul akan digunakan untuk meramalkan bagaimana wabak mungkin tersebar serta untuk mengenalpasti tindakan yang boleh diambil untuk menghentikannya.

Beberapa minggu yang lalu, individu di UK boleh memuat turun aplikasi percuma, yang dipanggil BBC Pandemic, melalui App Store atau Google Play lapor Daily Mail.

Bagaimana aplikasi ini berfungsi?

Aplikasi ini meanggar pergerakan anda secara berkala dalam tempoh 24 jam, namun untuk sebab-sebab keselamatan ia tidak tahu dengan tepat lokasi atau identiti pengguna. Ia juga akan bertanya beberapa soalan tentang pergerakan dan pergaulan anda untuk membantu penyelidik dari University of Cambridge dan London School of Hygiene dan Tropical Medicine untuk mengetahui bagaimana wabak demam selsema mungkin tersebar merentasi UK.

 Wabak jika tidak dikawal boleh membawa maut

 Di laman webnya, jurucakap BBC berkata: ‘Terdapat wabak selesema berlaku setiap tahun.   Namun dalam tempoh 100 tahun yang lalu, terdapat empat wabak selesema yang boleh membawa maut. Hal ini termasuklah wabak Influenza Sepanyol yang berlaku pada tahun 1918, ia membunuh sehingga 100 juta orang di seluruh dunia.

Hampir satu abad kemudian, wabak selesema  merupakan ancaman No 1 terhadap negara itu. Langkah penting yang boleh diambil kerajaan terhadap penyakit ini adalah model matematik yang mensimulasikan bagaimana sebuah wabak mungkin tersebar.

Model simulasi dapat bantu ramal penyebaran wabak penyakit

‘Model-model ini membantu menentukan cara terbaik untuk mengguna dan membahagikan sumber perubatan milik Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan UK, seperti vaksin dan pakaian pelindung, jika terdapat serangan wabak. Namun model-model ini hanya dapat berfungsi dengan baik jika ia memperoleh sumber data yang banyak.’

Jika lebih ramai individu dari pelbagai peringkat umur mengambil bahagian dalam BBC Pandemic, data yang dikumpul akan menjadi lebih tepat, menurut penyelidik.

Dengan mengenal pasti pergaulan dan tingkah laku yang berkemampuan menyebarkan wabak yang boleh membawa maut,  BBC Pandemic akan membantu menjadikan model-model ini lebih tepat, seterusnya membantu membendung wabak yang akan datang

Hasilnya akan dipaparkan dalam dokumentari di BBC Four pada tahun 2018, dan dibentangkan oleh Dr Hannah Fry dan Dr Javid Abdelmoneim.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.