#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Acara Hujung Minggu Yang Anda Mesti Datang!


 

Sarkas Great British

Tempat: Lavana Sports Centre
Tarikh: September 22 – November 5
Masa: 5.30 PM / 8.30 PM
Yuran Kemasukan: Dewasa – RM50-RM100 / Kanak-Kanak – RM30-RM70 (Sila rujuk kepada carta ini)

Mesti ramai dekat luar sana tak pernah tengok pertunjukan sarkas kan? Jadi kali ini wajib bawa anak-anak, kawan-kawan, keluarga dan datang beramai-ramai untuk saksikan aksi-aksi hebat seperti pertunjukan udara trapez, persembahan motorsikal scrambler di dalam sangkar bulat dan banyak lagi! Jangan lepaskan peluang ini!

 

Pesta Jepun

Tempat: 1 Utama Shopping Centre
Tarikh: October 6 – October 8
Masa: 10 AM – 10 PM
Yuran Kemasukan: PERCUMA

Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-60 Penubuhan Perhubungan Diplomatik Malaysia-Jepun, One Utama menganjurkan Festival Jepun untuk mempromosikan makanan, budaya dan pelancongan Jepun. Rasai budaya Jepun dengan keluarga dan rakan-rakan anda. Jangan lupa untuk mencuba sushi!

Sunny Side Up Market

Tempat: Slate at The Row
Tarikh: October 6 – October 8
Masa: 11 AM – 6 PM
Yuran Kemasukan: PERCUMA

Sunny Side Up Market kembali sekali lagi dan akan mengadakan 3 hari yang menyeronokkan dan penuh perayaan  dengan artisan tempatan, barangan mereka yang bermutu, serta banyak lagi. Datanglah dan beri sokongan kepada usahawan tempatan dan ciptaan mereka pada acara komuniti ini.

Busking 4 Somalia

Tempat: Central Market Kuala Lumpur
Tarikh: October 7
Masa: 4 PM – 6 PM
Yuran Kemasukan: PERCUMA

Program jelajah Busking 4 Somalia dianjurkan untuk mengumpul dana bagi kempen Dana Wakaf Air Somalia. Sebanyak RM1.5 juta dana disasarkan untuk membina dua sistem telaga air yang bakal memberi manfaat kepada lebih 12,600 penduduk Somalia yang kebuluran. Busking 4 Somalia menampilkan penyanyi ‘Selamat Malam Rohingya’, Syed Amran Al-Yahya yang akan membuat persembahan lagu-lagu kemanusiaan selama dua jam. Jom hadir beramai-ramai dan zahirkan keperihatinan anda!

SneakerLAH 2017

Tempat: KLCC – Kuala Lumpur Convention Center
Tarikh: October 7 – October 8
Masa: 11 AM – 10 PM
Yuran Kemasukan: RM 15 di pintu

Rasa macam nak tayang tak sneaker yang baru beli tu? Inilah tempatnya! Konvensyen kasut terbesar di Malaysia kembali lagi tahun ini untuk menyatukan peminat kasut dan pakaian jalanan. Nantikan susunan kasut edisi terhad, ataupun, kalau ada kasut pra-milik yang anda ingin trade, boleh buat di trading pit.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.