Sukan

TMJ Berikrar Kekal Sebagai Presiden

Tengku Mahkota Johor berikrar untuk kekal sebagai presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas mendakwa terdapat rancangan untuk menjatuhkan beliau selepas hanya enam bulan memangku jawatan itu.

Pemilik kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu merujuk kepada persoalan mengenai nasib Kevin Ramalingam, ketua pegawai eksekutif Perkongsian Liabiliti Terbatas Bola Sepak Malaysia (FMLLP) yang mendakwa ada pihak yang mahu menyingkirkan beliau juga.

“Terdapat rancangan untuk bukan sahaja untuk menyingkirkan Kevin, tetapi juga saya. Terdapat ramai di dalam FAM yang ingin menjadi presiden,” ujar TMJ ketika beliau berucap di kongres kelab JDT, yang disiarkan di laman Facebook kelab itu

 

 

“Terdapat juga mereka yang memberitahu wartawan untuk menulis segala macam perkara hanya untuk membuatkan saya menyampah dan melepaskan jawatan saya sebagai presiden. Tetapi ini sama sekali tidak akan terjadi. Terdapat banyak permainan politik yang sedang berlaku di dalam persatuan ini.

“Tetapi selagi saya masih ada, saya tidak akan membenarkan ianya berlaku.”

Tengku Mahkota Johor itu juga mempertahankan Ramalingam, yang baru-baru ini dikecam kerana menukar jadual perlawanan Felda United vs. JDT di Liga Super (MSL) dan juga Perak vs. JDT di perlawanan separuh akhir Piala Malaysia.

Ramalingam menerima kritikan banyak pihak kerana mengubah jadual perlawanan separuh akhir Piala Malaysia ke 15 Oktober.

Tarikh itu ditetapkan untuk memberikan rehat yang cukup kepada pemain yang bermain untuk Piala Asia AFC menentang Hong Kong pada 11 Oktober. Perkara ini disebut selepas FMLLP menetapkan tarikh perlawanan separuh akhir itu dijalankan padal 14 Oktober, di mana Persatuan Bolasepak Perak anggap sebagai sudah tetap dan terus membuat persediaan.

“Ketua pegawai eksekutif FMLLP hanya menerima arahan daripada presiden. Beliau membuat kerja dengan baik sekali. Beliau menjawab segala soalan yang dilemparkan kepadanya dengan menggunakan fakta, jadi dia patut meneruskan tugasnya itu,” ujar TMJ.

“Sudah pasti ada yang tidak setuju dengan pendapat saya. Tetapi ini bukan parti politik, ini adalah persatuan bolasepak.”

Ramalingam diambil bekerja pada bulan April 2015 untuk mengetuai FMLLP, sebuah badan yang ditugaskan oleh FAM untuk mengurus bolasepak tempatan di Malaysia.

Kontrak beliau dijangkan tamat pada bulan April tahun depan.

TMJ juga merancang untuk menghantar Ramalingam dan Datuk Hamidin Amin, Setiausaha Agung FAM, ke Sepanyol di masa akan datang untuk melihat sendiri bagaimana La Liga diuruskan.

Banyak pihak yang mempersoalkan pencapaian TMJ sebagai presiden FAM, dengan melihat kepada janji-janji yang dibuat sebelum beliau memegang jawatan.

Sejak beliau memegang jawatan presiden, pengurus pilihan pertamanya untuk menguruskan pasukan kebangsaan senior, Mario Gomez menolak tawarannya. Nelo Vingada walau bagaimanapun, gagal untuk memenangi sebarang perlawanan, kalah tiga kali dan hanya bernasib baik dengan seri ketika menentang Hong Kong pada 5 September lalu, setelah Hong Kong gagal menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan.

Sementara itu, Ong Kim Swee, pengurus kebangsaan yang dipecatnya dahulu, memenangi pingat perak ketika Sukan SEA baru-baru ini dan sekaligus melayakkan pasukan bawah-22 tahun itu untuk menyertai Kejuaraan AFC bawah-23 tahun di China pada bulan Januari nanti.

 

 

Walaupun berjanji untuk menstrukturkan semula FAM, Hamidin masih kini masih lagi memegang jawatan Setiausaha Agung.

 

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker