AntarabangsaIsu Semasa

Senjata Kalashnikov Akan Dibuat Di Arab Saudi

Senapang yang paling terkenal di dunia bergelar Kalashnikov AK -103 akan  dibuat di Arab Saudi seperti yang tertakluk di bawah perjanjian pertahanan baru yang ditandatangani bersama Rusia.

Syarikat senjata milik kerajaan Rusia, Rosoboronexport berkata, pihaknya telah meluluskan perjanjian pelesenan awal yang membolehkan senjata tersebut dibuat di negara Arab Saudi.

Memetik laporan Arab News, perjanjian tersebut merangkumi “pengeluaran senapang Kalashnikov AK-103 dan kartrij untuk pelbagai kegunaan.”

Satu Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kedua-dua negara itu juga menyaksikan Rusia membekalkan Arab Saudi dengan beberapa senjata lain seperti sistem peluru berpandu anti kereta kebal Kornet, pelancar roket dan juga pelancar bom automatik (automatic grenade launcher).

Perjanjian awal tersebut turut melibatkan pemindahan ilmu di dalam bidang pertahanan daripada Rusia ke Arab Saudi.

Arab Saudi telah menetapkan sasaran untuk membelanjakan setengah daripada bajet pertahanan mereka untuk kegunaan dalam negara.

Saudi Press Agency melaporkan bahawa rancangan ini juga termasuk “penyetempatan” senjata berkenaan serta peluru-pelurunya.

Senapang Kalashnikov amat popular dengan kegunaannya dalam peperangan seperti perang Vietnam dan Afghanistan.

Pada tahun ini, Kalashnikov akan meningkatkan pengeluaran senjata sebanyak 80% sekali gus akan mewujudkan juga 1,700 peluang pekerjaan.

“Kalashnikov” merupakan inspirasi daripada nama individu yang mencipta senapang AK-47, iaitu Leftenan Jeneral Mikhail Kalashnikov.

Selain daripada pencipta senjata, beliau juga merupakan seorang penulis, dan juga jurutera tentera Rusia.

Dalam pada itu, senapang AK-47 juga merupakan senjata standard yang digunakan oleh semua tentera Rusia sejak tahun 1949 lagi, dan kini, jumlah senjata itu dikatakan mencecah 100 juta unit.

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker