#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


DJI Spark: Dron Kompak Yang Hebat


 

DJI Spark; satu lagi model dron keluaran DJI. Apa yang menariknya tentang Spark ini adalah ia lebih kecil dan kompak namun mampu menghasilkan imej yang berkualiti.

Dengan saiz sebesar tapak tangan dengan berat 300gram, Spark merupakan dron professional yang lebih sesuai untuk pengguna baru dan amatur.

Spark dilengkapi kamera 1/2.3” CMOS 12 megapixel dan mampu merekod video Full HD (1920×1080) pada 30 fps. Jika hendak dibandingkan dengan DJI Mavic Pro, imej yang dihasilkan Spark sedikit kurang menyerlah namun imejnya masih jelas dan sesuai dengan harganya.

Perbezaan saiz antar DJI Spark dan DJI Mavic Pro – sumber myfirstdrone.com

Dron ini sesuai diterbangkan di dalam bilik memandangkan ianya sangat kecil dan mampu terbang dalam keadaan yang stabil.

Terdapat 3 cara untuk mengendalikan dron ini; menggunakan alat kawalan jauh, telefon pintar dan juga dengan hanya menggunakan tapak tangan.

DJI Spark sangat menarik kerana dilengkapi ciri-ciri penerbangan dan keselamatan yang unik. Antara Intelligence Mode (Mod Pintar) yang ada termasuk Quick Shot, Tap Fly, dan Active Track.

Mod penerbangan DJI Spark – sumber DJI

 

Kawalan menggunakan isyarat tangan – sumber Times Magazine

Bagi keselamatan pula, Spark dilengkapi Flight Autonomy; ciri mengelak halangan secara automatik dan Return to Home; satu butang yang boleh membawa dron itu pulang ke lokasi asal penerbangan dengan sendiri.

Penggunaan alat kawalan jauh amat diperlukan supaya gelombang radio boleh diperluaskan untuk mendapatkan penerbangan yang lebih jauh. Jarak yang boleh dicapai adalah sejauh 2km dengan menggunakan alat ini.

Dari segi imej, Spark mampu memberikan imej yang berkualiti namun masih kurang sedikit perincian. Walau bagaimanapun, dengan imej bersaiz Full HD, kualiti rakaman video yang dihasilkan hampir sama dengan kamera-kamera profesional.

Mungkin anda patut mempertimbangkan DJI Spark sebagai dron pertama anda jika anda ingin memiliki dron. Ianya amat sesuai bagi pengguna amatur kerana fungsi dan ciri keselamatan yang unik biarpun bersaiz kecil.

Ia mungkin tidak sehebat Mavic Pro atau Phantom, tetapi Spark masih mampu memberikan imej yang berkualiti. Anda boleh memiliki dron ini dengan harga antara RM2,500 hingga RM3,500 mengikut setnya.

Namun harus diingat, penerbangan dron di Malaysia mempunyai peraturan-peraturan penerbangan yang ketat, dimana anda perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu untuk menerbangkannya di tempat-tempat tertentu.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.