#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Syarikat Penerbangan Menawarkan Perkhidmatan Khas Bagi Penumpang Wanita


 

Sebuah syarikat penerbangan India telah melancarkan perkhidmatan baru bagi kaum hawa yang menaiki penerbangan seorang diri. Perkhidmatan ini menawarkan penumpang wanita tempat duduk di tepi tingkap atau di tepi lorong, namun bukan di tengah-tengah.

Syarikat penerbangan domestik Vistara telah melancarkan program Woman Flyer, ia dicipta untuk melindungi penumpang wanita daripada penumpang yang berniat jahat serta membuat mereka berasa selamat sepanjang penerbangan, lapor AFP Relaxnews.

Perkhidmatan sebagai cara mengelakkan berlakunya serangan seksual

Insiden serangan seksual di India terutamanya di dalam pengangkutan awam, telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong asing sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hal ini menyebabkan banyak pihak menerbitkan nasihat perjalanan.

Jabatan Negara AS memberi peringatan terhadap wanita yang mengembara secara solo di India, serta pengunaan pengangkutan awam selepas gelap tanpa ditemani teman-teman yang boleh dipercayai.

Program Women Flyer Vistara membenarkan wanita yang mengembara secara solo memilih tempat duduk, supaya mereka tidak terperangkap di tempat duduk tengah serta tidak diapit antara dua orang lelaki ketika di dalam penerbangan.

Perkhidmatan ditawarkan Syarikat  Penerbangan Air India dan Vistara membantu pengembara wanita solo

Perkhidmatan ini pada mulanya dijalankankan syarikat penerbangan Air India, yang kini mengecualikan beberapa baris kerusi bagi penumpang wanita yang mengembara secara solo. Perkhidmatan ini diwujudkan sebagai tindak balas kejadian di mana golongan wanita mendakwa mereka telah diraba oleh pelancong lelaki ketika berada di dalam penerbangan.

“Pencapaian yang telah dicapai wanita di seluruh dunia tidak boleh dinafikan,” kata jurucakap Vistara Deepa Chadha dalam sebuah kenyataan.

“Golongan hawa merupakan sumber kekuatan utama yang menjadikan ekonomi lebih kuat dan masyarakat lebih sihat.”

Perkhidmatan syarikat penerbangan Vistara juga menawarkan bantuan bagasi dan pengangkutan semasa ketibaan untuk golongan wanita yang mengembara berseorangan.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.