AntarabangsaIsu Semasa

Olimpik Tokyo 2020: Tempat Sukan Renang Tercemar Dengan Bakteria

Penganjur Olimpik Tokyo baru-baru ini tempat acara renang triatlon dan maraton untuk sukan Olimpik 2020 nanti telah tercemar dengan bakteria kerana hujan musim panas yang berlarutan.

Perkara itu dikenal pasti apabila pegawai Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) melakukan lawatan untuk membuat penilaian terhadap persediaan Tokyo untuk menjadi tuan rumah, di mana sukan itu bakal diadakan di sana dalam tempoh kira-kira 1,000 hari lagi.

Koji Murofoshi, pengarah sukan untuk jawatankuasa penganjuran Tokyo 2020 berkata, pelbagai sampel yang telah diambil sejak akhir bulan Julai sehingga awal September di Odaiba Marine Park menunjukkan tahap pencemaran yang tinggi.

“Masa dan jumlah hujan memberi kesan kepada data,” kata beliau sambil menyifatkan fenomena hujan itu sebagai “hujang tempoh panjang luar biasa.”

Tokyo mengalami hujan selama tiga minggu berturut-turut, dan ia telah membawa bahan-bahan tercemar daripada pesisir pantai sekali gus membawa pencemaran ke bandar itu.

Memetik laporan Japan Times, pegawai-pegawai Tokyo menjelaskan pemeriksaan dalam air dan infrastruktur yang lebih bagus (termasuk mengukuhkan lagi kumbahan tempatan), akan membantu mengekalkan kualiti air yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa.

Pegawai-pegawai sukan menekankan bahawa fasiliti itu juga kerap menganjurkan triatlon dan acara-acara renang yang memenuhi piawaian antarabangsa.

Walaupun kolam renang tercemar, Murofushi tetap menolak cadangan untuk mengadakan acara renang di tempat lain sambil berikrar bahawa “langkah-langkah sepatutnya akan diambil supaya mereka boleh menyediakan persekitaran yang amat baik untuk sukan” semasa Olimpik 2020 nanti.

Dalam pada itu, naib presiden IOC, John Gates memberi amaran bahawa Tokyo perlu bersedia untuk menghadapi keadaan cuaca yang paling buruk.

Sebelum ini, penganjur-penganjur Olimpik Rio 2016 di Brazil juga dilaporkan berada dalam keadaan “malu” apabila kolam renang yang digunakan untuk acara terjun berubah menjadi kehijauan.

Tegas Coates, IOC menjangkakan Tokyo untuk menangani perkara itu walaupun berada dalam keadaan paling teruk dan kesihatan atlet-atlet dalam kedua-dua acara itu tidak akan diprejudiskan.

Ujarnya lagi Tokyo juga perlu menyasarkan untuk memotong AS$1 bilion (RM 4.2 bilion) daripada bajet keseluruhan bernilai AS$ 12 bilion (RM 50.7 bilion), serta mengkaji kaedah-kaedah untuk mengurangkan perkhidmatan yang ada di perkampungan atlet.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker