#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Tatu Pintar Dapat Mengesan Keadaan Kesihatan Anda


 

Terdapat satu masalah biasa dengan alat pengesan kesihatan seperti jam tangan pintar (smartwatches),  iaitu ia tidak melekat pada kulit badan anda dan membuatkannya bergantung kepada bateri yang mempunyai jangka masa pendek serta memerlukan sambungan wayarles.

Harvard dan MIT berpendapat mereka boleh membantu. Mereka telah membangunkan tatu pintar yang meletakkan sensor kesihatan pada kulit, tanpa memerlukan bekalan elektrik atau sambungan wayarles.

Memetik Engadget, dakwat dalam tatu bertindak balas kepada komposisi kimia cecair interstitial anda, dan kemudiannya dapat memberitahu keadaan darah anda.

Dakwat hijau pada tatu ini akan menjadi lebih terang untuk memberitahu atlet jika mereka dehidrasi, manakala satu lagi dakwat hijau berubah kepada warna coklat untuk memberi amaran kepada pesakit kencing manis apabila tahap glukosa mereka meningkat.

Tatu ini juga bukan seperti tatu yang boleh didapati di salun tatu biasa. Ia tidak akan kekal selama-lamanya. Dengan perbaikan yang mencukupi, saintis mengharapkan untuk menghasilkan tatu yang kekal selama ia diperlukan.

Tatu ini hanya boleh dilihat dengan cahaya yang tertentu, jadi, anda tidak perlu jelaskan tatu tersebut kepada orang lain.

Jika anda tidak pasti apa maksud simbol pada tatu ini, sebuah aplikasi telefon pintar boleh menganalisisnya untuk memberitahu keadaan badan anda.

Mungkin lama lagi untuk kita lihat reka bentuk yang kreatif. Projek ini bukan hanya menimbulkan banyak potensi di antara kedua-dua artis dan saintis, tetapi ia juga akan menimbulkan soal etika.

Sekiranya tatu anda kelihatan, adakah anda selesa dengan idea yang semua orang dapat mengetahui paras gula dalam darah anda?

Tatu ini mungkin lebih selesa untuk mereka yang penat memakai alat peranti kesihatan pada pergelangan tangan.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.