#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Shopify, Instagram Melancarkan Ciri Baru


 

Shopify telah melancarkan satu ciri membeli-belah di Instagram kepada peniaga yang terpilih. Ciri ini membolehkan peniaga menjual barang mereka dengan cara yang berbeza daripada sebelum ini.

Peniaga boleh menyambungkan kedai atas talian mereka dengan katalog produk mereka di Instagram.

Ciri ini membolehkan peniaga menjual produk Shopify mereka hanya dengan menggunakan tag di Instagram, lapor Tech Crunch.

Pembeli juga boleh terus membeli produk tersebut tanpa perlu meninggalkan aplikasi Instagram.

Ciri membeli-belah ini telah diuji oleh Shopify sepanjang tahun 2017, dan perkembangan terbaru ini adalah penting kerana ia membuka pintu kepada lebih ramai pengguna.

Instagram mula memperkenalkan tag beli belah kepada platformnya pada bulan November tahun lalu, tetapi ia hanya tersedia untuk segelintir jenama, seperti Kate Spade dan Warby Parker.

Sejak itu, Shopify telah menguji ciri itu bersama-sama dengan peniaga yang terpilih sebelum melancarkannya, dan Shopify mengatakan ciri ini mendapat sambutan yang baik daripada peniaga.

Instagram bersama-sama dengan Facebook, Messenger, Pinterest dan BuzzFeed dalam menyertai saluran penjualan yang disokong oleh Shopify.

Shopify telah mengenal pasti Instagram sebagai gerbang kepada peniaga-peniaganya, jadi dengan transaksi jual beli yang dibuat terus daripada pelantar itu pasti dapat meningkatkan jualan.

Selepas pelancaran ciri baru ini kepada ribuan peniaga terpilih, Shopify merancang untuk menguji integrasi ini dan membukanya kepada lebih daripada 500,000 peniaganya di masa akan datang.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.