Gaya HidupKesihatan

Menurunkan Berat Badan Menggunakan Minyak Pati

Mereka yang menggunakan minyak pati (essential oil) mengatakan ia mempunyai banyak kelebihan seperti menguatkan memori dan mengurangkan kembung perut ketika haid. Ada juga yang mendakwa bahawa minyak tertentu dapat membantu dalam menurunkan berat badan.

Apa itu minyak pati?

Jika anda pernah menikmati aroma  bunga mawar, maksudnya anda pernah mengalami aroma minyak pati yang juga dikenali sebagai essential oil. Sebatian aromatik semulajadi ini dijumpai di dalam benih, batang kayu, akar, bunga, dan bahagian-bahagian lain dalam tumbuhan. Minyak pati memberi tumbuhan bau tersendiri, melindungi tumbuh-tumbuhan dan memainkan peranan dalam pendebungaan tumbuhan.

Minyak pati juga, menurut Doterra, telah lama digunakan untuk penyediaan makanan, rawatan kecantikan, dan penjagaan kesihatan.

Bagaimana minyak pati berfungsi dalam mengurangkan berat badan?

Hidung anda serta reseptor (penerima bau) di dalamnya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan otak. Jadi, setiap aroma yang anda hidu mempunyai susunan kimia tertentu yang menyebabkan tubuh anda bertindak balas terhadapnya dengan cara tertentu juga.

Menurut laman Women’s Health Gina Keatley, seorang ahli pakar pemakanan di Bandar New York, mengatakan minyak pati boleh mengurangkan berat badan menerusi dua cara:

  • Bauan seperti bau citrus (khususnya limau gedang) menyebabkan tindak balas terhadap sistem saraf anda. Kejadian ini mampu mengurangkan nafsu makan anda.
  • Beberapa bauan lain, seperti vanila dan kayu manis, boleh bertindak sebagai ‘makanan’ bagi hidung anda. Ia bermaksud dengan menghidu bauan ini sahaja ia boleh membuat otak anda berfikir seperti anda sedang makan makanan sebenar.

Menurut laman web Develop Good Habits antara minyak pati yang sering digunakan untuk mengurangkan berat badan adalah, minyak limau gedang, kayu manis dan halia.

Minyak limau gedang mengandungi nootkatone, sejenis sebatian yang mempercepatkan proses metabolisma serta berkemampuan membantu tubuh mencairkan lemak. Jika anda menggabungkan minyak ini dengan diet yang sihat anda pasti  boleh melihat perubahan dalam masa yang singkat! Jika anda berniat ingin mencuba hanya sejenis minyak pati untuk mengurangkan berat, anda patut cuba minyak limau gedang.

Jika anda suka makan kek, biskut, serta manisan lain minyak pati kayu manis berkemampuan membantu anda mengurangkan berat badan. Minyak ini membantu mengawal paras gula di dalam darah dan pelepasan insulin, seterusnya membantu mengawal keinginan anda terhadap makanan-makanan manis. Kemungkinan untuk anda makan  terlalu banyak juga akan berkurang jika anda memasukkan minyak kayu manis dalam rutin harian anda, hal ini penting supaya anda boleh kekal dengan diet anda.

Minyak pati halia pula dapat meningkatkan keadaan kesihatan sistem pencernaan. Ia mengandungi gingerols, sejenis sebatian yang boleh mengurangkan keradangan dalam usus serta membantu dalam penyerapan vitamin dan mineral yang terdapat di dalam makanan. Ini akan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan.

Cara mengunakan minyak pati untuk menurunkan berat badan

Tiada satu cara yang betul dalam menggunakan minyak pati, namun begitu Keatley mengesyorkan  sekadar mengambil bau aroma tertentu untuk membantu mengurangkan berat badan (sebelum anda makan atau bila anda mengidam sesuatu untuk mendapatkan faedah maksimum). Tukar-tukar aroma jika boleh. Cuma jangan memakannya- terdapat risiko yang yang dikaitkan dengan meminum satu sudu minyak pati kerana ia adalah makanan tambahan  (suplemen) aktif, jadi risikonya sama seperti mengambil suplemen dalam bentuk pil.

Perlu diingatkan bahawa perkara ini belum dikaji secara meluas. Terdapat beberapa kajian yang mengunakan haiwan sebagai model yang menunjukkan bahawa beberapa jenis minyak pati boleh menggalakkan penurunan berat badan, kata Upton.

Namun begitu, cara ideal untuk mengurangkan berat badan masih lagi dengan mengamalkan diet seimbang serta melakukan senaman secara konsisten.

Tags
Show More

Related Articles