Gaya HidupTempatan

Wanita Islam Malaysia Semakin Progresif

Zakirah Zainan, 22, memulakan perniagaan dalam taliannya, @Zakeyra, ketika dia menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia. Impiannya adalah untuk menjual reka bentuk fesyennya sendiri dan menjadikan pemilik kedai fesyen Hijabista dan FashionValet sebagai idolanya.

Zakirah percaya fesyen yang sopan dan pasaran halal di Malaysia serta di seluruh dunia sedang berkembang. Ini akan memberi banyak peluang untuk wanita Islam muda.

Beragama dan bercita-cita

Satu kajian daripada trend pemasaran dan penyelidikan, J. Walter Thompson’s Innovation Group, “Muslimah Baru: Fokus Asia Tenggara”, menunjukkan bahawa sementara wanita Islam di rantau Asia Tenggara yang berusia 18 hingga 39 lebih bersikap keagamaan berbanding generasi sebelumnya, mereka juga bercita-cita tinggi dan berpandangan kosmopolitan, lapor The Star.

Kebangkitan generasi baru Muslimah milenium di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei, digabungkan dengan perkembangan media sosial, platform digital serta e-dagang, telah membawa kepada perkembangan pesat pasaran untuk fesyen Muslimah, kecantikan, teknologi dan makanan halal.

Hijabistas bukan sahaja semakin terserlah dalam blog, fesyen dan kempen kecantikan, mereka juga melancarkan perniagaan dan menetapkan trend dengan berkongsi gaya mereka di media sosial. Mereka berjaya mencipta semula ‘kategori’ halal dengan jenama-jenama moden, menurut laporan itu.

95% wanita Islam Malaysia mengatakan Islam sangat penting bagi mereka dan ini tidak terhad kepada pakaian dan produk halal.

Selain itu, laporan tersebut turut menyatakan bahawa kelas agama juga menjadi semakin popular.

Agama atau budaya?

Walaupun sesetengah telah menyifatkan perkembangan ini sebagai pengaruh budaya Arab di Asia Tenggara, ramai wanita muda Islam mengatakan bahawa hijab dan pakaian sopan  adalah pilihan sendiri.

“Saya fikir kita mencipta fesyen kita sendiri,” kata pekerja pejabat Anira Sabran, 22.

Namun, dia mengakui bahawa sesetengah orang percaya orang yang memakai tudung adalah 100% beragama dan beri tekanan kepada wanita lain untuk memakainya.

“Kita tidak boleh menghakimi,” katanya. “Beberapa ‘nasihat’ yang dikomen dalam talian boleh dikatakan sebagai gangguan siber dan membuli.”

Ada juga yang menerima ancaman ganas dalam talian. Aktivis feminis Maryam Lee, 25, yang juga merupakan pengarah program dialog antara agama-agama iaitu Projek Dialog, terpaksa mencari perlindungan di rumah seorang teman setelah menerima ugutan bunuh kerana membuka tudungnya yang telah dipakai sejak sembilan tahun.

Pengasas bersama Solek Cosmetics, Dahlia Nadirah Juhari, 32, menganggap dirinya sebagai ‘minoriti’ kerana tidak menutup rambutnya. Beliau berkata, orang ramai cenderung mengelirukan budaya Arab dengan Islam.

“Wanita muda hari ini mempunyai pengetahuan yang lebih banyak tentang isu agama dan isu pengguna… malangnya, ini membuatkan mereka cenderung menilai orang lain,” katanya.

Ujar Dahlia, ramai orang memberitahu bahawa jualan jenamanya akan meningkat sepuluh kali ganda lebih banyak sekiranya beliau memakai tudung.

Malah, penyanyi Yuna, yang berkeras menutupi rambutnya ketika cuba menceburi industri muzik di Amerika, juga menjadi sasaran beberapa orang Muslim konservatif di Malaysia kerana dia memakai turban, yang dianggap sebagai tudung yang tidak lengkap.

Yuna telah membalas kritikan itu di Instagram: “Mereka memanggil saya perempuan sampah dan beritahu saya lebih baik telanjang sahaja. Apa yang boleh saya lakukan ialah bersabar.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker