Hiburan

Pengarah Filem Malaysia Akan Bersaing Di Festival Filem Antarabangsa Tokyo

Edmund Yeo yang mempamerkan filem pertamanya, River Of Exploding Durians, di Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF) tiga tahun yang lalu akan kembali ke pesta filem tahun ini dengan dua projek.

TIFF ke-30 akan berlangsung dari 25 Okt hingga 3 Nov di Roppongi Hills, Tokyo.

Projek pertamanya ialah filem cetera kedua Yeo yang bertajuk ‘Aqerat’. Penggambaran dibuat di Kelantan dan dibintangi oleh Daphne Low dan Howard Hon Kahoe.

‘Aqerat’ telah dipilih untuk bersaing dalam bahagian ‘pertandingan’. Hanya 15 filem yang berjaya tersenarai daripada 1,538 penyertaan dari 88 negara.

“Apabila saya menyerahkan filem itu untuk dipertimbangkan, ia masih dalam suntingan awal,” kata Yeo, yang sedang dalam penggambaran filem ketiganya iaitu Malu (Shame). “Saya akan menyelesaikan filem itu minggu depan.”

Dikemukakan dalam bahasa Melayu dan Cina, ‘Aqerat’ masih belum mendapat pengedar tempatan atau tarikh tayangan di Malaysia. Yeo merancang untuk membawa filem itu ke semua pesta filem antarabangsa, bermula dengan TIFF di mana ia merupakan tayangan perdana filem tersebut.

Perjalanan rohani

‘Aqerat’ – seperti perkataan Melayu Akhirat – dalam bahasa Rohingya membawa maksud akhirat. Ia menceritakan perjalanan seorang wanita yang hidup di dalam kegelapan dan kemudian mencari dirinya semula.

Hui Ling pergi ke Taiwan untuk memulakan babak baru dalam hidupnya, tetapi malangnya berkecimpung dengan pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia dan Thailand serta menjadi saksi kepada kengerian yang dilakukan kepada pelarian Rohingya.

“Filem ini menunjukkan perjalanan rohani daripada kehidupan kegelapan. Ia juga bertujuan untuk menimbulkan lebih banyak perbincangan dan dialog tentang apa yang sedang berlaku dengan pelarian Rohingya. Rakyat Malaysia sedar tentang isu Rohingya tetapi saya mahu filem itu membuka dialog di Jepun, contohnya,” kata pengarah itu.

Penghormatan kepada Yasmin Ahmad

Projek keduanya yang akan dipamerkan di TIFF adalah dokumentari selama 70 minit yang bertajuk Yasmin-san. Watak utama dokumentari ini tidak lain dan tidak bukan, arwah pengarah filem Yasmin Ahmad.

Yeo terlibat di balik tabir filem Jepun ‘Pigeon’, yang dibintangi oleh Sharifah Amani. Daripada situ dia menyedari bahawa komuniti filem Jepun mendapat pengenalan kepada filem-filem Malaysia melalui karya Yasmin yang sering mengambil Sharifah Amani untuk membintangi watak utama.

“Saya telah bercakap dengan mereka dan terpesona dengan kenangan mereka tentang Yasmin, itulah sebabnya saya lakukan dokumentari Yasmin-san,” jelas Yeo.

Untuk projek itu, beliau bercakap dengan rakan-rakan, rakan sekerja dan ahli keluarga Yasmin.

“Saya telah menemuramah ibu Yasmin sebelum dia meninggal pada April tahun ini dan saya mendapat banyak bahan dari muzium di Ipoh yang memperingati kerja Yasmin.

“Saya tidak pernah bertemu dengan Yasmin Ahmad. Saya berharap saya akan melakukan keadilan kepadanya dengan dokumentari Yasmin-san,” katanya.

Selain daripada dua projek itu, filem terbaik di Festival Filem Malaysia, Adiwiraku, juga akan ditayangkan di TIFF.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker