Sukan

Liverpool Gagal Lagi

Dengan minggu ke-7 Liga Perdana Inggeris telah melabuhkan tirainya buat minggu ini, kita lihat kembali detik-detik menarik yang berlaku.

Keyakinan Guardiola terhadap Delph membuahkan hasil.

Pep Guardiola dilihat begitu mementingkan bahagian pertahanan apabila beliau sanggup membelanjakan lebih daripada 100 juta Pound untuk membeli pemain pertahanan seperti Kyle Walker, Danilo, serta Benjamin Mendy.

Apabila Mendy mengalami kecederaan lutut yang menyebabkan beliau mungkin tidak dapat bermain untuk baki musim ini, kerisauan dilihat menghantui skuad Manchester City itu kerana mereka tidak mempunyai pemain yang dapat mengisi kekosongan posisi yang ditinggalkan oleh Mendy.

Walau bagaimanapun, Pep Guardiola kelihatan tidak goyah ketika perlawan penting menentang Chelsea, di mana beliau meletakan Fabian Delph di posisi yang asing kepada pemain itu.

Persembahan yang ditunjukan oleh Delph tidaklah sehebat lagenda Brazil, Roberto Carlos, tetapi ia adalah contoh pelaksanaan strategi perlawanan yang sempurna. Guardiola mengenal pasti kekuatan pasukannya dan mengelak situasi di mana Chelsea boleh mengambil kesempatan terhadap kepincangan di dalam kesebelasan utamanya itu.

Burnley, Watford meneruskan penguasaan

Chelsea, Tottenham, Liverpool dan Everton masing-masing telah menjadi mangsa kepada pasukan Sean Dyche, yang telah mengumpul lapan mata di tempat lawan dalam empat perlawanan, jauh melepasi pungutan mata musim lalu dengan hanya tujuh mata selepas 19 perlawanan.

Prestasi Burnley ketika menentang Chelsea ketika perlawanan permbukaan musim ini pasti sukar untuk dicipta semula, tetapi permainan anak buah Dyche pada ahad lalu menunjukan mereka boleh mengikut strategi perlawanan yang menghasilkan tiga mata.

Watford adalah satu lagi pasukan yang hampir memintas pungutan mata hambar pada musim lalu. Pasukan Marco Silva itu mendapatkan gol penyamaan di minit-minit akhir perlawanan ketika menentang West Brom, sekaligus menjadikannya minggu kedua berturut-turut pasukan The Hornets itu menyambar satu mata di saat akhir.

Pujian harus diberikan kepada Richarlison kerana menjadi wira untuk dua minggu berturut-turut, Watford kini berjaya mengumpul 12 mata selepas 7 perlawanan.

Benitez benam Liverpool

Keadaan di kem Liverpool semakin tegang setelah pasukan Jurgen Klopp kehilangan dua mata apabila seri 1-1 menentang Newcastle.

Kegagalan Liverpool mengumpul tiga mata penuh bermakna kelab itu hanya berjaya memenangi satu perlawan daripada 7 perlawanan, dan bekas pengurus Liverpool, Rafa Benitez mengekalkan rekod tanpa kalah menentang kelab lamanya itu.

Walau bagaimanapun, pertahanan Liverpool yang menjadi penyebab kegagalan kelab itu pada Ahad lalu dan bukannya kerana penguasaan pengurus dari Sepanyol itu sepenuhnya.

Kelemahan di bahagian pertahanan telah menghantui pasukan The Reds sejak kelab itu gagal mendapatkan seorang pemain pertahanan tengah ketika jendela perpindahan musim panas yang lalu. Gandingan Joel Matip dan Dejan Lovren sekali lagi gagal membuktikan bahawa mereka layak untuk membawa Liverpool di tahap tertinggi.

Lain-lain

Romelu Lukaku dan Paul Pogba nampaknya mendapat segala pujian yang dilemparkan sebelum ini, namun pada minggu lalu, pemain sokongan Manchester Unitedlah yang membantu mengekalkan rekod tanpa kalah kelab itu sejak musim ini bermula selepas menewakan Crystal Palace 4-0.

Dengan Pogba mengalami kecederaan, Marouane Fellaini menujukan beliau mampu mengambil alih tempat pemain dari Perancis itu. Fellaini adalah salah seorang pemain, seperti Antonio Valencia dan Juan Mata, yang dilihat semakin tenggelam di dalam skuad The Red Devils itu.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker