Teknologi

Galaxy Note 8 vs Iphone 8: Apa Hebatnya?

Bulan ni kita didatangi 2 gergasi telefon pintar; Samsung Galaxy Note 8 dan Iphone 8 yang serba canggih. Namun yang mana satu pilihan anda?

Jikalau kita ingin membuat perbandingan, ianya agak sukar kerana kedua-duanya memiliki ciri-ciri dan rekabentuk yang hampir sama. Namun, model-model memiliki keisitimewaan yang tersendiri untuk menarik minat pengguna.

Note 8 didatangkan dengan Android 7.1.1 (Nougat) bersama 6GB RAM. Skrin 6.3 inci ini lebih besar dibandingkan dengan Iphone 8 namun kedua-duanya menggunakan 16M Colour.

Selain itu, Note 8 memberikan kamera belakang dual-lense 12MP dan 8MP untuk kamera hadapan. Uniknya Note 8 ini adalah ia dilengkapi pen stylus yang diperbaharui bertujuan untuk menulis atau melukis diatas telefon.

Bagi Iphone 8 pula, ia dilengkapi perisian IOS 11 yang lebih mesra pengguna bersama 2GB RAM (Iphone 8) atau 3GB RAM (Iphone 8 Plus). Skrinnya pula adalah sebesar 4.7 inci untuk Iphone 8 dan 5.5 inci untuk Iphone 8 Plus.

Kamera Iphone 8 ini lebih kurang sama dengan Note 8; dual-lense 12MP kamera di belakang namun hanya 7MP untuk kamera hadapan.

Note 8 dan Iphone 8 mempunyai keistimewaan dan kekurangan masing-masing. Ada yang mengatakan Iphone 8 memberikan imej kamera yang lebih cantik berbanding Note 8 namun Note 8 memberikan kualiti audio yang lebih jelas.

Dari segi OS pula, Iphone 8 memberikan penggunaan yang lebih lancar tetapi, jangka hayat baterinya tidak bertahan lama seperti Note 8.

Banyak ujian yang telah dilakukan netizen bagi membandingkan kedua-dua telefon ini dan rata-ratanya merumuskan kepada ‘jenama’ mana yang anda lebih minat.

Sumber: Samsung Mobile

sumber: Global News

Tags
Show More

Related Articles