FesyenGaya Hidup

Tip Memilih Beg Tangan Mengikut Bentuk Badan

Mencari beg tangan yang sempurna untuk anda bukan hanya mengenai gaya dan trend terkini. Apabila membeli-belah, anda perlu mengambil kira jenis beg yang sesuai mengikut bentuk badan anda kerana tidak semua beg tangan sesuai untuk setiap wanita.

Ikuti tip-tip dari Liveabout yang akan membantu anda membeli beg tangan yang bukan hanya bergaya tetapi sempurna untuk bentuk badan anda.

 

Bertubuh besar

Jika anda berbadan besar sebaiknya cari beg yang berbentuk bersegi dan bersaiz besar supaya anda tidak akan kelihatan lebih besar daripada beg yang dibawa.

Pastikan corak tidak terlalu kecil atau terlampau berwarna-warni. Jangan guna beg jenis lembut atau berbentuk bulat kerana ia akan menampakkan tubuh anda lebih besar.

Kurus tinggi

Wanita dengan bentuk badan yang langsing perlu berhati-hati untuk tidak memilih beg yang terlalu besar atau lebar. Beg tangan jenis hobo iaitu pendek dan lebar paling sesuai. Cuba elakkan beli shoulder bag jenis bertali pendek kerana ini akan kelihatan lebih rendah dari ketinggian sebenar. Jenis tote dan genggam juga sesuai untuk menyerlahkan penampilan anda.

Bertubuh kecil

Jika anda kecil, elakkan beg yang terlalu lebar. Sebaliknya, pilih beg yang lebih panjang secara menegak untuk memanjangkan penampilan badan anda. Pastikan beg tidak terlalu panjang atau digantung terlalu rendah kerana ia membuat anda kelihatan lebih pendek. Tali yang lebih pendek juga lebih baik.

Jenis pir

Wanita berbentuk pir biasanya memiliki masalah agak besar di bahagian pinggul dan kecil di bahagian dada. Sebolehnya cuba alihkan perhatian ke bahagian lain di atas. Pilih beg yang bertali pendek yang tidak melebihi paras pinggang dan elakkan memakai beg yang kurang berstruktur.

Besar di bahagian atas pinggang

Wanita yang memiliki badan besar di atas harus melakukan yang sebaliknya dengan jenis badan berbentuk pir. Wanita-wanita ini perlu memilih beg tangan yang bertali panjang yang melebihi paras pinggang kerana tali beg yang panjang akan menampakkan tubuh anda kelihatan kecil.

Show More

Related Articles

Back to top button