Hiburan

Neelofa Jadi Duta Lancôme Pertama Dari Malaysia

Neelofa kini mempunyai persamaan dengan nama-nama besar seperti Kate Winslet, Julia Roberts, Penelope Cruz, Lily Collins, Lupita Nyong’o dan Taylor Hill. Pengacara dan pelakon popular itu mencatat sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang dilantik menjadi duta kepada jenama kosmetik mewah antarabangsa, Lancome.

Tambah manis, Neelofa memecah tradisi Lancome Malaysia yang sebelum ini lebih senang menggunakan wajah antarabangsa sebagai bintang jenamanya di Malaysia. Menurut orang kuat lancome Malaysia, Neelofa melambangkan wanita hari ini di Malaysia.

Kerjasama yang terjalin di antara pihak Lancôme dan Neelofa sejak dua tahun lalu telah membuka mata mereka bahawa Neelofa adalah wanita yang paling tepat untuk mewakili jenama Lancome di Malaysia.

Menerusi daya keusahawanan dan pemikirannya yang luar biasa, peribadi dan budi pekerti yang menawan serta gaya hidup moden, muncul sifat kewanitaan yang sempurna dan bertepatan dengan nilai-nilai Lancôme.

Neelofa, 28, yang juga duta kepada satu lagi jenama antarabangsa, Swarovski juga merupakan wanita berhijab pertama di dunia yang diangkat untuk menjadi duta kepada jenama kosmetik mewah tersebut, tulis Malaysiandigest.

Menurut pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd. Noor itu, beliau sangat berbangga serta tidak pernah pun menyangka sama sekali akan dipilih untuk menjadi duta Lancome.

“Ini pengalaman yang cukup menakjubkan. Saya pun tidak pernah termimpi untuk menjadi duta Lancome,” jelas gadis kelahiran Kelantan itu.

“Saya memang peminat dan menggunakan Lancome sejak dulu lagi. Saya tidak sabar untuk bekerja dengan Lancome dan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita muda di luar sana.

neelofa di milan, itali

Baru-baru ini, Neelofa juga turut terpilih menjadi tetamu penting dalam majlis Swarovski Crystal Wonderland Party sempena Minggu Fesyen Milan. Dalam acara di Itali itu, Neelofa turut bertemu dengan model antarabangsa popular, Karlie Kloss.

Sebagai duta Lancôme, Neelofa akan dibawa ke makmal penghasilan produk Lancôme di Paris pada bulan hadapan untuk bertemu kumpulan global Lancôme Paris dan mengenali jenama itu dengan lebih mendalam.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button