#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Syarat Dan Terma Pengunaan Media Sosial ‘Dibongkarkan’ Untuk Golongan Remaja


 

Sebuah panduan ‘pembongkar jargon atau terma’ yang mengajar kanak-kanak tentang hak-hak mereka di laman media sosial telah diterbitkan.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak England, Anne Longfield berkata Facebook, Instagram, Snapchat, WhatsApp dan YouTube tidak menjelaskan dasar mereka dengan baik, lapor BBC.

Penting bagi  golongan remaja memahami terma-terma dan syarat dengan jelas bagi menjamin keselamatan mereka di media sosial

Beliau memudahkan beberapa terma dan syarat-syarat laman web dengan kerjasama firma undang-undang privasi, Schillings.

Panduan yang ringkas itu adalah tindak balas terhadap laporan Growing Up Digital Pesuruhjaya tersebut, yang mendapati bahawa kebanyakan kanak-kanak tidak memahami perjanjian yang mereka tandatangani ketika membuat akaun media sosial.

Kanak-kanak perlu berusia lebih daripada 13 tahun untuk membuat akaun dalam kesemua laman sosial ini.

Kepentingan panduan ini terhadap golongan remaja

“Kanak-kanak langsung tidak tahu bahawa mereka sedang memberikan hak privasi dan hak pemilikan data atau bahan yang mereka pos dalam talian,” kata Ms Longfield. Beliau mendesak kerajaan UK untuk mengamalkan Peraturan Perlindungan Data Umum EU. Ia mewajibkan semua syarikat yang menawarkan perkhidmatan digital yang boleh digunakan kanak-kanak di EU untuk memudahkan terma dan syarat mereka bermula Mei 2018.

Terma-terma dan syarat pengunaan laman sosial diringkaskan dalam satu muka surat

Beliau berkata “lebih banyak perlu dilakukan” oleh syarikat media sosial gergasi untuk “menjadikan mereka lebih bertanggungjawab dan telus”.

Penggunaan terma yang lebih mudah membolehkan golongan remaja faham jenis-jenis maklumat yang mereka kongsi di media sosial.

Terma yang “tidak berapa tepat’ boleh menyebabkan kekeliruan

Dalam sebuah kenyataan, pihak Instagram berkata: “Adalah salah mengatakan kami mendedahkan maklumat peribadi, butir-butir hubungan atau kandungan mesej perbualan golongan remaja dengan pengiklan tanpa kebenaran mereka. Malah kami juga tidak mendedahkan maklumat tentang individu-individu yang sedang berkomunikasi menerusi mesej ringkas.”

Instagram berkata terdapat kekaburan dalam buku panduan yang diringkaskan itu

Namun begitu Robert Lands daripada firma undang-undang Howard Kennedy, berkata terma dan syarat yang diringkaskan sering kali boleh menyebabkan kekeliruan daripada menjelaskan

“Terdapat beberapa sebab mengapa terma dan syaratnya agak panjang,” katanya kepada BBC.

“Ia bukan untuk mengelirukan orang ramai, malah sebaliknya. Kadang-kadang perkataan yang banyak diperlukan untuk menerangkan konsep yang sukar difahami.”

Respon syarikat-syarikat media sosial

Jurucakap Facebook berkata syarikat itu mahu semua orang berasa “selamat dan terjamin” apabila menggunakan platform itu.

“Sumber-sumber kami – seperti portal ibu bapa, alat keselamatan dan pusat keselamatan adalah mudah difahami dan digunakan oleh golongan remaja serta ibu bapa yang mencari nasihat yang jelas dan mudah,” katanya.

Snapchat berkata terma,  syarat dan dasar privasinya “jelas dan bebas daripada terma undang-undang yang tidak perlu”. WhatsApp pula tidak dapat dihubungi untuk komen dari pihaknya. YouTube masih belum memberi respon tentang perkara ini.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.