Teknologi

Samsung Galaxy C9 Pro: Kepada Yang ‘Gilakan Kuasa’

Dengan kemunculan pelbagai telefon pintar yang lebih canggih di akhir 2017, terdapat satu model keluaran Samsung yang menepati ciri-ciri ‘berkuasa’ dengan harga pasaran yang lebih berpatutan.

Samsung Galaxy C9 Pro; kepada mereka yang mencari ‘kuasa’ – merupakan telefon pintar yang dilengkapi kapasiti storan, megapixel kamera, dan kelajuan yang lebih tinggi berbanding telefon pintar yang lain.

Dikeluarkan pada akhir tahun lepas, Samsung Galaxy C9 Pro (SGC9P) dilengkapi skrin Gorilla Corning Glass sebesar 6 inci dan kamera 16 megapixel (kamera hadapan dan belakang) yang memberikan imej serta video yang hebat biarpun tidak menyokong format 4K.

Telefon ini didatangkan dengan RAM sebesar 6 GB untuk kelajuan dan kebolehan multi-tasking yang lebih lancar beserta storan data sebesar 64GB.

Ciri-ciri lain yang menarik pada telefon ini ialah ia menggunakan USB Type C untuk pengecasan telefon yang lebih laju dan ia masih mempunyai audio jack bagi mereka yang masih minat menggunakan headphone berwayar.

Walaupun dengan kewujudan telefon generasi baru yang lebih futuristik seperti Samsung S8 mahupun Iphone X, keupayaan SGC9P mampu bersaing dan memberikan kepuasan ‘kuasa’ yang hebat dengan harga pasaran yang berpatutan. Samsung Galaxy C9 Pro dijual pada harga sekitar RM2,299.

Pautan Samsung Galaxy C9 Pro

 

Show More

Related Articles

Back to top button