Gaya HidupKesihatan

5 Barang Yang Digunakan Setiap Hari Yang Boleh Membahayakan Kesihatan

Syarikat-syarikat kerap menggunakan cara-cara tertentu untuk mempengaruhi  kita supaya membeli perkara yang tidak diperlukan. Sesetengah barang-barang ini bukan sahaja tidak diperlukan malah memudaratkan kesihatan.

Bright Side menyenaraikan beberapa barangan yang kebanyakan orang ada di rumah. Jarang sekali kita memikirkan tentang kualiti barang-barang ini, namun begitu kesan negatif barang-barang ini terhadap kesihatan  telah dibuktikan oleh beberapa penyelidik berbeza.

 

  1. Bekas makanan plastik

Bukan plastik yang digunakan yang membahayakan kesihatan, namun komponen kimia yang digunakan pengeluar untuk mengeraskan bekas itu. Kerap kali perbuatan mencuci, memanas serta sentuhan bekas ini dengan makanan menjadikan keadaan ini lebih teruk. Ia menjadikan plastik menjadi sangat toksik dan berbahaya. Jadi cara terbaik adalah jangan menggunakan bekas plastik selama lebih daripada 5 bulan dan pastikan anda mengelakkan menggunakannya di dalam gelombang mikro.

 

  1. Crocs

Berjuta-juta individu gemar memakai kasut mudah ini setiap hari, namun begitu  Crocs tidak memberikan kestabilan yang sangat diperlukan oleh tumit. Tumit yang tidak dibaiki boleh menyebabkan pelbagai masalah, seperti kecacatan jari kaki, pembentukan kematu, dan sakit kaki. Satu lagi sebab untuk memakai sesuatu yang lebih selesa adalah hakikat bahawa shank iaitu bahagian kasut yang menyediakan sokongan antara jari kaki dan tumit menjadi sangat lembut selepas penggunaan yang berpanjangan. Adalah penting bagi kasut untuk memiliki shank yang padat supaya anda berasa selesa semasa berjalan.

 

  1. Maskara

Perhatikan bahan-bahan yang digunakan apabila anda sedang membeli maskara. Sesetengah komponen, seperti parabens, serbuk aluminium, dan propylene glikol, berkemungkinan sangat berbahaya untuk kesihatan mata anda. Elakkan menggunakan maskara rakan anda kerana ia boleh menyebabkan pembentukan bakteria dan kulat seterusnya menyebabkan jangkitan.

 

  1. Alat memasak nonstick (tidak melekat)

Bahan kimia yang telah perfluorinkan yang digunakan untuk membuat lapisan tidak melekat pada kuali apabila digunakan dengan sendiri tidaklah mendatangkan bahaya. Walau bagaimanapun, apabila suhu yang digunakan melebihi 230ºC, permukaan yang digunakan untuk menggoreng ini mengeluarkan sejumlah bahan yang megeluwap. Penyelidik dari Denmark mendapati bahawa kehadiran bahan kimia beracun ini di dalam darah manusia boleh menyebabkan pembentukan sel-sel kanser.

 

  1. Sabun antibakteria

Undang-undang mengenakan kawalan terhadap  kuantiti sejenis antiseptik, triclosan, yang digunakan di dalam sabun antibakteria, iaitu sebanyak 0.1-0.3%. Walau bagaimanapun, terdapat bahaya dalam penggunaan kimia ini secara berlebihan: triclosan melemahkan sistem imuniti (pertahanan badan) dan menjadikan tubuh menentang penyerapan antibiotik. Ia juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan gangguan otot. Malah, sabun antibakteria adalah tidak lebih daripada helah pemasaran. Penyelidikan menunjukkan bakteria boleh dicuci daripada tangan anda dengan menggunakan sabun biasa sahaja.

Tags
Show More

Related Articles