Gaya HidupPercutian

Saint Helena Mempelawa Kedatangan Pelancong

Pulau Saint Helena telah dimashurkan oleh pemerintah Perancis Napoleon Bonaparte yang telah dibuang ke tempat ini pada tahun 1815 sehingga kematiannya pada tahun 1821. Kedudukannya yang terlalu jauh menyebabkan ia jarang dikunjungi pelancong. Namun, perkara ini akan berubah tidak lama lagi, menurut akhbar The Sun.

Pada 14 Oktober, Airlink, sebuah syarikat bertempat di Afrika Selatan akan memulakan penerbangan mingguan dari Cape Town dan Johannesburg. Masa penerbangan adalah kira-kira enam jam dengan perhentian di Namibia. Sehingga kini, wilayah British kecil itu hanya boleh diakses menggunakan bot.

Gambaran Napoleon di Pulau St Helena oleh pelukis

Terletak di Atlantik Selatan di  barat pantai Namibia, Saint Helena adalah salah satu destinasi yang paling sukar diakses di dunia, satu sebab yang penting  mengapa Napoleon dipenjara di sana pada abad ke-19.

Sehingga kini pelawat ke wilayah British yang berkeluasan 122km²  mengambil masa sekurang-kurangnya lima hari untuk sampai ke Royal Mail Ship St Helena dari Capetown di Afrika Selatan.

Tidak menghairankan, pengumuman mengenai perjalanan menerusi udara ini adalah satu revolusi bagi komuniti seramai 5,000 orang yang tinggal di pulau tropika bergunung berapi itu.

Jamestown satu-satunya pelabuhan Pulau St. Helena.

Jacob’s Ladder dengan 699 anak tangga untuk pelancong yang berani

Kehidupan di Saint Helena memberi fokus kepada satu-satunya pelabuhan di pulau itu, Jamestown, yang merupakan titik kedatangan pengunjung. Mereka yang lebih berani boleh mendaki tangga dengan 699 anak tangga yang diberi nama Jacob’s Ladder. Tangga bersejarah itu menawarkan pemandangan berpanorama ibukota pulau itu. Pelancong yang berminat untuk melakukan aktivti trek juga boleh menjadikan Jamestown titik permulaan ke  Heart Shaped Waterfall yang terletak tidak jauh daripada pelabuhan itu.

Pemandangan indah keseluruhan Pulau St Helena

Lawatan ke taman-taman di bandar ini juga menawarkan peluang untuk anda menemui tumbuhan yang hanya ada di sana.  Bagaimanapun untuk pengalaman yang lebih hebat, Taman Negara Diana’s Peak, yang terletak 823 meter di atas paras laut, menawarkan pertemuan dengan siput dan serangga yang hanya boleh ditemui di pulau itu. Ia juga menawarkan pemandangan indah keseluruhan pulau tersebut.

Menjejaki perjalanan Napoleon

Merupakan sebuah peristiwa yang signifikan dalam sejarah pulau itu, Saint Helena terus dikaitkan dengan pembuangan pemerintah Perancis itu. Bekas Jeneral Korsika itu menghabiskan tahun-tahun terakhir hidupnya di pulau itu, di mana pada asalnya beliau tinggal di Briars Pavillion sebelum berpindah ke kediaman tetapnya di Longwood House.

Longwood House

Kedua-dua bangunan ini dibuka untuk pelancong, yang biasanya menamatkan lawatan bersejarah mereka  dengan lawatan ke makam Napoleon.

Gabungan harga ketiga-tiga tiket untuk tempat-tempat ini dijual pada harga £ 10 (RM55). Penghuni pulau yang menggelar diri mereka The Saints itu, mengatakan pada 5 Mei setiap tahun mereka memperingati kematian Napoleon.

Tags
Show More

Related Articles