#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Perbezaan Antara Biji Chia Dan Biji Selasih


 

Sekali imbas biji chia dan biji selasih (basil seed) kelihatan serupa. Tetapi kedua-duanya mempunyai lapisan yang berbeza pada permukaanya. Malah, nutrisi chia lebih tinggi daripada biji selasih.

Khasiat yang terkandung dalam biji chia adalah;

  • Dapat melawan diabetes
  • Mengandungi serat yang banyak
  • Mengekalkan kekuatan gusi dan tulang
  • Mempunyai mangan (manganese)
  • Lebih banyak fosforus
  • Kaya dengan protein
  • Dapat menstabilkan gula dalam darah
  • Mudah berasa kenyang
  • Dapat meningkatkan kesihatan jantung
  • Kaya dengan Omega-3

Perbezaan biji chia dan biji selasih

  • Asal

Biji chia merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga pudina dan berasal daripada Mexico dan Guatemala. Manakala biji selasih pula dari India dan negara-negara Mediterranean.

  • Permukaan

Biji chia berbentuk bujur, agak leper dan berwarna putih, hitam, kelabu dan bercorak berbanding biji selasih yang lebih bulat dan hitam.

  • Masa untuk mengembang didalam air

Biji chia mengambil lebih banyak masa untuk mengembang manakala biji selasih akan mula mengembang sebaik saja terkena air.

  • Selutan gelatin

Salutan gelatin pada biji chia lebih jernih dan permukaan kulit masih boleh dilihat manakala salutan biji selasih berwarna putih pekat hingga tidak kelihatan permukaan biji selasih.

  • Rasa

Biji chia tidak mempunyai apa-apa rasa (tasteless) dan boleh dimasukkan dalam mana-mana resipi. Manakala biji selasih mempunyai sedikit rasa.

  • Cara makan

Chia seed boleh dimakan begitu saja tanpa perlu direndam. Anda boleh gunakan dalam masakan, atau taburkan saja diatas makanan yang anda mahu seperti yogurt, pudding, salad, malah nasi putih pun boleh. Manakala untuk biji selasih, anda perlu rendamkannya dahulu sehingga kembang sebelum dimakan.

Cara betul untuk memakannya

Memetik Popsugar, dalam satu kajian kes, seorang lelaki mengalami disfagia (kesukaran untuk menelan), selepas memakan satu sudu kecil biji chia kering dan terus meminum air.

Salah satu sebab biji chia sering dimakan untuk mengurangkan berat badan adalah kerana saiznya berkembang beberapa kali ganda selepas direndam dalam air dan akan membuat anda rasa lebih penuh.

Walau bagaimanapun, dengan mengambil satu sudu kering dan terus meminum air, ia tidak akan membawa kepada pengalaman yang selesa, kerana ia tiada masa untuk berkembang sebelum sampai ke perut.

Jika biji chia direndam dahulu sebelum memakannya ia adalah selamat. Selepas biji chia kembang, ia akan mempunyai salutan gelatin yang membantu ia bergerak pantas melalui sistem pencernaan.

Bukti lain menunjukkan bahawa memakan benih chia yang telah dikisar halus, membolehkan ALA (bentuk tumbuhan asid lemak omega-3) untuk mencapai aliran darah dengan lebih banyak.

 

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial

Kongsikan ToodiaDotMy. Semua tentang belia ada di sini!Kami bukan sensasi tapi berinformasi.