AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Cabaran Ekonomi Yang Perlu Dihadapi Oleh Angela Merkel

Angela Merkel berjaya mengekalkan kedudukan beliau sebagai Canselor Jerman bagi penggal ke-4 susulan kemenangannya dalam pilihan raya baru-baru ini, namun keadaan tidak lagi sama seperti dahulu.

Menurut Clements Fuest, seorang profesor ekonomi di Munich University yang juga kolumnis di Hindustan Times, Jerman kini berhadapan cabaran-cabaran ekonomi yang serius dan kerajaan baru ini perlu menanganinya dengan sebaik mungkin.

CABARAN-CABARAN EKONOMI JERMAN

1. Digitalisasi 

Fuest berkata, cabaran pertama yang perlu diberi perhatian oleh Merkel adalah digitalisasi.

Sesetengah orang mahukan rangkaian gentian optik dipasang diseluruh negara, dan ramai juga yang bimbang akan “ekonomi perkongsian”, khususnya syarikat-syarikat yang mengamalkannya seperti Uber dan Airbnb.

Ekonomi perkongsian adalah apabila pengguna menyewakan atau berkongsi sesuatu milik mereka seperti kenderaan, rumah atau perkhidmatan untuk meraih keuntungan.

Namun, Fuest berpandangan bahawa pelaburan dalam gentian optik hanya perlu dilakukan di mana ia diperlukan sahaja, bukan semua tempat.

2. Pengangguran

Rakyat juga merasa bimbang dan khuatir kehilangan pekerjaan disebabkan automasi.

Automasi adalah apabila sistem atau peranti mampu melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan bijak dengan atau tanpa penyeliaan manusia.

Sekiranya automasi mendominasi pelbagai bidang industri, ia sekali gus akan menyebabkan ramai orang kehilangan kerja dan juga mengehadkan atau menghapuskan peluang pekerjaan baru.

Fuest berkata, langkah yang perlu daimbil adalah dengan menumpukan perhatian dalam memberi latihan kepada rakyat untuk peluang pekerjaan pada masa akan datang.

3. Penuaan populasi

Menurut Fuest, penuaan populasi memberi tekanan yang menyumbang kepada peningkatan kos kebajikan. Kedua-dua parti politik utama di Jerman membantah untuk meningkatkan umur persaraan kepada 70 tahun.

Terdapat juga kebimbangan mengenai pekerjaan yang memerlukan tenaga fizikal, tetapi ini boleh dilaksanakan jika pekerja ditawarkan gaji yang lebih tinggi dan diberi insurans kecacatan.

Namun, insentif itu tidak boleh diberikan menggunakan dana pencen awam.

4. Globalisasi

Globalisasi juga merupakan satu cabaran yang besar. Jerman mahu menarik syarikat, pelaburan, dan juga warga asing yang berkemahiran tinggi.

Tetapi, pembahagian cukai dan bantuan kewangan kebajikan akan menarik warga asing berkemahiran rendah dan menjauhkan pelabur-pelabur asing dan pekerja berkemahiran tinggi.

Fuest mencadangkan supaya Jerman mengehadkan bebanan cukai yang disebabkan oleh subsidi dalam sistem kebajikan serta mengehadkan akses kemasukan pendatang asing baru ke dalam program bantuan kewangan sosial.

5. Perubahan Iklim

Memandangkan Jerman berhasrat untuk mengurangkan pelepasan emisi karbon, negara itu perlu memberi fokus terhadap keberkesanan kos.

Terdapat sesetengah pihak yang mencadangkan pengharaman enjin pembakaran dalaman selepas tahun 2030.

Ujar Fuest, ia adalah lebih baik untuk memasukkan sistem lalu lintas dalam sistem permeteran Perjanjian Paris.

6. Eropah

Cabaran terakhir yang diketengahkan oleh Fuest adalah mengenai Eropah.

Beliau menegaskan bahawa Jerman perlu memilih perkara yang ingin diberi tumpuan utama, dan Fueste mensarankan negara itu supaya memberi fokus terhadap eurozone.

Eurozone adalah negara-negara Eropah yang menggunakan matawang euro.

Fuest berkata, ia amat penting untuk memastikan bahawa bank-bank Eropah memegang bon kerajaan tempatan yang lebih sedikit, dan pemiutang swasta pula perlu menanggung beban hutang penstrukturan semula hutang awam, bukan pembayar cukai daripada negara-negara lain.

 

Show More

Related Articles

Back to top button