AntarabangsaTeknologi

Buat Kali Pertama, Robot Berjaya Membuat Implan Gigi Di China

Satu hari nanti kerja-kerja pergigian anda mungkin akan dilakukan oleh robot.

Seorang wanita di China baru-baru ini menjadi orang pertama yang menjalani pembedahan mulut yang dilakukan oleh robot.

Walaupun doktor pergigian berada di dalam bilik ketika prosedur berlangsung, mereka tidak memainkan peranan aktif ketika pembedahan sedang dijalankan.

Robot  itu menanamkan dua gigi ke dalam mulut pesakit menggunakan arahan yang telah diprogramkan, menurut South China Morning Post.

Teknologi tersebut dicipta oleh Wuhan University Stomatological Hospital serta institusi robotik Beihang University dan mengambil masa selama empat tahun.

Tujuannya adalah untuk menangani kekurangan doktor gigi di negara China dan kesilapan pembedahan yang kerap berlaku.

Dilaporkan bahawa kira-kira 400 juta pesakit memerlukan gigi baharu di China.

Implan gigi yang dibuat dengan percetakan 3D, dipasang dalam margin kesalahan 0.2-0.3 milimeter, iaitu pembedahan piawai untuk operasi seperti ini.

Pesakit diukur menggunakan imbasan CT dan robot itu diprogramkan untuk menggunakan pergerakan khusus yang diperlukan untuk melakukan pembedahan, termasuk sudut dan kedalaman untuk gigi baru.

Selepas ujian, prosedur itu dilakukan pada seorang wanita di Xi’an, ibukota Wilayah Shaanxi, yang hanya diberi anestetik setempat. Robot itu juga berjaya membetulkan pergerakan mengikut pergerakan pesakit.

Menurut Business Wire, lebih daripada 15 juta implan dilakukan di seluruh dunia setiap tahun dan China bukan satu-satunya negara yang terlibat dalam teknologi pergigian autonomi.

Yomi, pembantu pergigian robot yang dicipta oleh Neocis Inc., telah diluluskan di Amerika. Robot tersebut boleh merancang prosedur pergigian berdasarkan imbasan CT pesakit. Pakar bedah masih perlu mengawal lengan robot, tetapi peranti ini membimbing doktor gigi mengikut rancangan yang ditetapkan dan boleh membetulkan kedudukan jika pesakit bergerak.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker