AntarabangsaIsu Semasa

Bekalan Elektrik Percuma Untuk Rakyat Miskin

Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan projek bernilai AS$ 2.5 bilion (RM 10.5 bilion) untuk memastikan semua rumah di negara itu mendapat akses bekalan elektrik menjelang akhir 2018.

Setakat ini, lebih daripada 40 juta buah rumah (suku daripada jumlah rumah keseluruhan di India) bersamaan 300 juta daripada 1.3 bilion rakyat negara itu masih tidak mendapat akses kepada tenaga elektrik.

Memetik laporan Arab News, negara tersebut perlu menyiapkan projek elektrifikasi itu pada bulan Disember 2018 dan kerajaan juga akan memberi elektrik percuma kepada golongan-golongan yang layak.

“Tiada caj yang akan dikenakan untuk sambungan elektrik ke atas rumah penduduk-penduduk miskin,” kata Modi di majlis pelancaran projek itu pada hari Isnin.

Kebanyakan kos projek itu akan dibiayai oleh kerajaan persekutuan dan dikendalikan oleh syarikat elektrik milik kerajaan bernama Rural Electrification Corp. Ltd, di mana mereka juga bermatlamat untuk tidak lagi menggunakan minyak tanah.

Walau bagaimanapun, rancangan kerajaan untuk menyediakan bekalan elektrik kepada semua rumah mungkin akan menghadapi cabaran kerana ia sukar untuk memasangnya bandar dan kampung yang terpencil di kawasan pedalaman.

Kerajaan berkata, ia akan mengedarkan pek tenaga solar yang mempunyai bank bateri kepada rumah-rumah yang tidak mempunyai bekalan elektrik.

Satu lagi cabaran adalah untuk menjaga dan menguruskan kewangan syarikat-syarikat pengedaran elektrik yang mempunyai hutang yang tinggi kerana membeli dan membekalkan elektrik kepada pengguna di kawasan pedalaman.

Ashok Khurana, ketua pengarah Association of Power Producers menyatakan bahawa kerajaan perlu mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk memperbaiki keadaan kewangan syarikat-syarikat seperti itu sekiranya mahu menjayakan projek yang telah dirancang.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button