HiburanTeknologi

September Paling Best Buat Switch

September adalah bulan terbaik bagi pemilik Nintendo Switch (NS) kerana lebih 10 tajuk game popular yang dilancarkan sepanjang bulan ini.

Sebelum ini, terdapat pelbagai spekulasi sama ada jualan NS akan mendapat sambutan atau tidak apabila ia dilancarkan pada Mac lepas, namun statistik jualan Nintendo menunjukkan permintaan bagi konsol ini meningkat dengan memberangsangkan sejurus pengumuman tajuk-tajuk game popular tersebar.

Antara tajuk game yang menjadi perhatian dan dinanti-nantikan peminat Nintendo termasuklah Pokken Tournament DX, Dragon Ball Xenoverse 2, Monster Hunter XX (Switch Ver.), One Piece: Ultimate World, Dragon Quest X, NBA 2K18 dan juga FIFA 18.

Beberapa tajuk ini hanya eksklusif untuk rantau Asia, Eropah dan AS, tetapi bagi pemilik NS tanpa region lock, anda masih mampu mendapatkan game ini secara digital melalui Nintendo EShop.

Walaupun grafik NS sering dibandingkan dengan konsol-konsol seperti PS4 atau XBox One, NS masih mampu memberikan pengalaman terbaik serta gaya permainan yang berlainan dari konsol-konsol biasa.

Bagi yang masih di dalam dilema untuk membeli Nintendo Switch, mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk memilikinya.

Harga bagi satu set Nintendo Switch adalah sekitar RM1,800 hingga RM2,500 manakala harga bagi satu game card pula dalam lingkungan RM200 hingga RM250. Walaupun harganya agak mahal namun disebabkan ciri-ciri mudah alihnya yang unik, NS memang amat berbaloi untuk dimiliki.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button