Bisnes & Ekonomi

Bibir Pecah Pencetus Idea Produk Buatan Tangan Intan Shafinaz

Intan Shafinaz Halim pastinya tidak pernah menganggap bahawa pengalaman menghadapi bibir kering dan pecah, menyebabkannya memulakan perniagaan seperti dilaporkan di Star 2.

Titik permulaan perniagaan Shafinaz

Ketika beliau sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Perakauan dan Kewangan di Universiti Warwick di Britain beberapa tahun yang lalu, cuaca sejuk memberi kesan yang teruk kepada bibirnya.

Antara produk gincu buatan tangan Intan

Usahawan wanita berusia 44 tahun itu pernah melawat pasar tempatan yang menjual produk buatan tangan untuk membeli salap bibir untuk digunakan sebagai pelindung bagi cuaca sejuk.

Namun beliau hanya  terfikir untuk membuat ramuannya sendiri apabila seorang rakan memperkenalkannya kepada minyak pati kira-kira tiga tahun yang lalu. Kerana beliau ingin berkongsi manfaat dengan keluarganya dan rakan-rakannya, dia membuat salap bibir dengan minyak pati pudina. Ia merupakan kejayaan pertama beliau dalam percubaan menghasilkan produk sendiri. “Ia sangat menarik. Saya bangga dengan diri saya ,” beliau mengimbas kembali

Ia meningkatkan lagi minatnya dalam mencipta resipi dan ramuan sendiri.

Beliau bergurau mengatakan bahawa dia mungkin mewarisi bakat semulajadi mencampurkan ramuan dari neneknya yang merupakan seorang penjual ubat terkenal di kampungnya yang teletak di Perlis.

Belajar cipta produk buatan tangan menerusi internet

Tidak pernah menghadiri kelas tentang cara membuat produk penjagaan kulit dengan sendiri, Intan bergantung pada kepintarannya serta kerajinannya meneroka Internet untuk resipi-resipi dan idea-idea baru. Antara produk ciptaannya adalah sabun, gincu dan produk penjagaan kulit.

Produk-produk dihasilkannya dijual secara tempahan supaya dapat mengekalkan kesegarannya

“Maklumat di Internet mudah diakses dan terdapat banyak perkara untuk dipelajari. Berada dalam komuniti ini dengan ahli kraf yang lain adalah penuh dengan pengalaman berharga. Ia merupakan sebuah proses pembelajaran, “kata Intan yang berkongsi produknya dengan keluarga dan rakan-rakan untuk mendapatkan maklum balas.

Respon positif  diberi mereka mendorong Intan untuk mula memikirkan secara serius cara menjual produk buatan tangannya kepada khalayak yang lebih besar. Jadi pada  Februari 2015, beliau menubuhkan Serasi.

Dengan galakan seorang kawan baik, Intan mengikuti dan berniaga di sebuah bazar selama dua bulan kemudian untuk menguji penerimaan orang ramai . Maklum balas diterima beliau telah memberi inspirasi dan motivasi kepadanya untuk terus memajukan jenama Serasi ini

Ingin promosi manfaat menggunakan bahan semulajadi

Antara produk sabun dibawah jenamanya, Serasi Handmade

Intan juga berharap beliau dapat mempromosikan manfaat dan kebaikan bahan-bahan semulajadi seperti tumbuhan dan bunga yang bebas daripada bahan kimia.

Beliau berkata, beliau aktif di laman sosial Facebook, Serasi Handmade dengan memperkenalkan aneka promosi dan peraduan, selain hampir setiap bulan cuba memperkenalkan produk baharu bagi menarik pengguna, menurutnya di Berita Harian.

Lebih 20 minyak pati (ada yang antaranya diimport) digunakan dalam produk penjagaan badan, antaranya lavender, rosemery, ylang-ylang yang memiliki kebaikan dan sifat penyembuhan tersendiri untuk produknya yang berharga di antara RM 16-RM 58.

Pesanan Intan kepada usahawan wanita lain

Yang paling penting, Intan berharap dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada minat barunya ini  serta dapat menggalakkan wanita lain untuk memulakan projek mereka sendiri seterusnya mengubahnya menjadi perniagaan.

Intan mempromosi produknya di Fiesta Muslimah 2017

“Umur  hanyalah sebuah nombor! Seseorang patut mencuba  apa yang diminatinya dengan penuh perasaan cinta, minat dan semangat. Anda tidak akan kehabisan idea, anda boleh buat apa-apa sahaja!”, kata beliau menamatkan perbualan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker