Isu SemasaTempatan

Senarai Kerja Dan Gaji Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2017

Sama ada anda seorang pelajar yang baru menamatkan pengajian atau pekerja yang berpengalaman, aduan yang paling kerap diterima oleh pekerja Malaysia adalah gaji rendah yang tidak sepadan dengan inflasi dan peningkatan kos sara hidup menurut  laman web Malaysian Digest .

Realitinya, gaji yang lebih baik dengan faedah yang menarik adalah salah satu faktor utama yang mempengaruhi perubahan kerjaya, sehinggakan Jobsteet Malaysia  telah melancarkan laporan gaji 2017 – mendedahkan industri-industri yang mempunyai gaji tertinggi.

  1. Golongan Baru Masuk Bekerja

Kejuruteraan, Pembinaan/ Bangunan: RM5, 533

Hotel / Restoran, Perundingan (Perniagaan dan Pengurusan): RM5,100

Komputer / Perisian IT: RM4, 600

  1. Eksekutif Muda

Komputer / IT, Perbankan / Perkhidmatan Kewangan: RM6,500

Penjagaan Kesihatan, Bidang runcit / Barangan: RM5, 950

Komputer / IT, Kimia / Baja / Racun Makhluk Perosak: RM5, 182

  1. Eksekutif Kanan

  Sains, Minyak / Gas / Petroleum: RM28, 250

  Penjagaan Kesihatan, Dandanan / Kecantikan / Kecergasan: RM15, 167

 Kejuruteraan, Perundingan (IT, Sains, Kejuruteraan dan  Bidang teknikal): RM11, 333

  1. Pengurus

Bangunan / Pembinaan, Minyak / Gas / Petroleum: RM15, 611

Perakaunan dan Kewangan, Bidang batu permata / Barang kemas : RM14, 500

Kejuruteraan, Produk Pengguna / Fast Moving Consumer Goods (FMGS), (barang cepat dijual dan berkos rendah): RM14,500

  1. Pengurus Kanan

Pentadbiran / Sumber Manusia, Pembinaan / Bangunan / Kejuruteraan: RM35,000

Perkhidmatan, Penjagaan Kesihatan / Perubatan: RM27,500

Kejuruteraan, Semikonduktor / Pembuatan Wafer (bidang pembuatan elektrik dan photonik): RM27, 500

Di samping itu, laporan itu juga menekankan  bahawa pemberian gaji  adalah lebih tinggi bagi mereka yang bekerja di wilayah tengah seperti Kuala Lumpur dan Selangor.

Laman web perbandingan kewangan, iMoney.com juga menegaskan bahawa purata gaji bulanan rakyat Malaysia minimum adalah RM800, gaji pertengahan adalah  sebanyak RM5,000  manakala gaji yng paling tinggi adalah RM83, 333.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button